Image credited to ms.wikipedia.org

Cuma tinggal beberapa hari sahaja untuk meraikan Syawal pada tahun 2012 yang bakal tiba tidak lama lagi dan kami daripada Malaysian Riders mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada pembaca dan pengikut setia kami yang berada di luar sana. Tetapi dalam keseronokan anda untuk membuat persiapan raya jangan lupa pada orang yang susah dan juga pada yang sudah sibuk untuk membuat persiapan balik ke kampung, sentiasalah beringat dan sayangilah keselamatan diri anda dan keluarga tercinta semasa berada di jalan raya nanti.

Image credited to awayzha2011.wordpress.com

Mengikut Statistik Ops Sikap Polis Diraja Malaysia(PDRM) daripada tahun 2007 sehingga tahun 2011, jumlah kemalangan meningkat secara mendadak daripada jumlah 14,930 sehingga 17,288 terutamanya pada mana-mana perayaan. Walaupun PDRM telah banyak membuat pelbagai kaedah untuk menurunkan jumlah kemalangan dengan mengadakan majlis kesedaran tentang kemalangan jiwa, tetapi masih ada lagi masyarakat yang tidak mengambil serius tentang masalah ini. Ini adalah pautan ke portal rasmi PDRM, sila tekan pautan ini..

Image creditet to myadha.blogspot.com

Masyarakat perlu ubah cara pemikiran dan sama-sama mencuba mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini supaya di masa hadapan, dimana generasi baru dapat mencontohi dan mendisplinkan diri semasa memandu di atas jalan raya. Jadi, kepada anda yang membawa motosikal mahunpun kereta, rancanglah terlebih dahulu perjalanan anda supaya selamat sampai kepada orang yang dicintai dan disayangi dan sekiranya anda letih bawa berehat dahulu di perhentian R&R ataupun di pam minyak yang berdekatan dengan anda.

Image credited to dilasamah.blogspot.com

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan info terkini mengenai arena permotoran tempatan dan antarabangsa. Sila “Like” laman Facebook kami dan ikuti laman Youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.

 

 

 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger