Isu Bunyi 1199 Panigale

Sakit telinga kami! mungkin itu yang terjadi dalam arena “Trackday” United Kingdom dan juga yang terjadi di Jepun. Sedikit pelik apabila memikirkan isu tersebut kerana jentera Ducati terbaru itu menghasilkan bunyi yang terlalu kuat bagi mereka dan ironinya, industri permotoran dikedua-dua negara tersebut adalah lebih jauh maju dan lebih lama berbanding di Malaysia.

Isu ini bukanlah sesuatu yang baru dan sebelum ini kami tidak merasakan ia sesuatu yang penting untuk kami kongsikan. Namun kini, kami rasa terpanggil untuk menyentuh sedikit permasalahan ini kerana sedikit sebanyak ini juga turut terjadi di Malaysia sendiri. Berbalik kepada isu bunyi 1199 Panigale ini, apa yang berlaku disana adalah berkaitan bunyi yang terlalu kuat sehingga gagal dalam ujian bunyi untuk menjalani aktiviti permotoran secara normal di United Kingdom dan di Jepun.

image credited to annemariecross.com

Di negara matahari terbit itu, Ducati terpaksa membuat pengubahsuaian terhadap jentera Panigale mereka sebelum ia dapat dijual kedalam pasaran Jepun. Ubah suai itu menyentuh reka bentuk sistem ekzos dan juga “clutch cover” bagi mengurangkan bunyi yang dihasilkan. Menurut rakan media kami dari barat, Panigale yang memasuki pasaran Jepun dengan agak lambat iaitu pada 29 September tahun ini kerana modifikasi yang perlu dilakukan oleh Ducati kepada jentera ini.

Di Malaysia pula, ceritanya agak berbeza. Pihak berwajib disini tidak mengizinkan untuk pengguna apa-apa jentera bermotor untuk membuat pengubahsuaian ekzos. Atas sebab itu, kebanyakkan pemilik jentera yang dimodikasi merasakan sedikit tersinggung dengan peraturan tersebut. Tidak kurang juga yang menyatakan pendapat bahawa ini sedikit sebanyak merencat industri permotoran negara terutamanya dalam arena “custom bikes”.

Apa pun, kami dari pihak Malaysian Riders hanya dapat menyatakan bahawa peraturan tetap peraturan dan sejauh mana pun pandangan kami sama ada setuju atau tidak dalam apa yang berlaku. Pihak yang bertanggungjawab masih memegang kuasa untuk menentukan sama ada kita berada di pihak yang benar atau tidak. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan ikuti kami melalui Facebook dan Youtube untuk kemasikini yang terkini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s