Pada tarikh 14 ogos 2012 yang lalu, pihak Malaysian Riders bersama rakan-rakan media yang lain telah dijemput oleh pihak GIVI bagi menghadiri ke kilang mereka di Bukit Beruntung. Ia bagi satu sesi pelancaran helmet terbaru dari GIVI. Jenama yang tidak asing lagi buat pengguna di Malaysia khususnya bagi penggemar kotak menyimpan pada motosikal yang banyak digunakan dalam kalangan pengguna motosikal sebagai jentera harian mereka.
Upacara yang dijalankan sewaktu dalam bulan Ramadhan diadakan dengan sederhana dan kami dibawa untuk melawat kawasan proses yang terdapat didalam kilang tersebut. Senarai helmet terbaru yang dilancarkan oleh GIVI bagi pasaran tempatan kali ini sememangnya merupakan satu senarai produk yang berkualiti dari syarikat Itali ini. Antara yang menjadi tumpuan dari pihak media adalah helmet “fullface” yang dilancarkan yang diberi nama H 40.2 GT.
Apa yang menarik tentang senari Helmet terbaru dari GIVI ini merupakan peletakan harganya yang boleh dikatakan sebagai “Murah” jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain. Tidak ada satu pun model helmet yang ditawarkan melepasi harga RM1000 dan ini sememangnya menjadi sesuatu yang baik kepada pengguna tempatan bagi mendapatkan helmet berkualiti pada harga yang berpatutan. Kami juga sempat mencuba beberapa jenis helmet yang ditawarkan dan boleh kami katakan bahawa ia merupakan helmet yang berkualiti dan kami berasa yakin dengan tahap keselamatan yang diberikan.
Apa pun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan bantu kami tingkatkan LIKES dalam laman FACEBOOK kami melebihi 700 Likes bagi membuka peluang untuk memenangi hadiah menarik dan salah satunya merupakan sebuah Helmet yang dibawakan oleh GIVI. Untuk itu, kami berharap kami dapat membalas sokongan anda dengan lebih banyak insentif-insentif yang menarik.