Kenderaan yang memang terkenal pada zaman 30-an dan ia adalah rekaan penuh Volkswagen. Nama pertama kereta Beetle tersebut dinamakan Volkswagen Type 1 ataupun nama rasminya Volkswagen Bug . Ia adalah kenderaan kebanggaan untuk syarikat Volkswagen yang telah lama bertapak di Jerman.

Sekarang ini pada tahun 2012, untuk pertama kalinya Volkswagen kembali mengeluarkan kereta Beetle dan promosinya kian hangat di Malaysia. Ini adalah julung kalinya syarikat Volkswagen Malaysia promosikan untuk kereta Beetle yang begitu hangat dan ia banyak diperkatakan oleh orang ramai di Malaysia. Kepada yang menggemari kereta tersebut boleh melayari laman sesawang Volkswagen di www.TheIconIsBack.com.my yang bertajuk “The Icon Is Back”.
Ia mengembalikan nostalgia pada zaman lampau yang kita tidak pernah bayangkan sebelum ini. Mungkin dahulu ayah, atuk atau moyang kita pernah menggunakkan kereta tersebut semasa bercinta, pergi bersiar-siar merata tempat ataupun sebagainya. Sekirannya mereka masih hidup kemungkinan ia akan mengembali masa remaja mereka apabila melihat perkembangan baru terhadap kenderaan Volkswagen itu daripada zaman dahulu sehingga sekarang.