
Kemalangan motosikal di Malaysia, banyak kemalangan bukan sahaja berpunca daripada kesalahan penunggang motosikal tetapi ia juga datang daripada kesalahan kenderaan lain. Kalau difikirkan semula, apakah masalah utama yang menyebabkan keadaan ini mula tercetus pada asalnya.
Kebanyakan kes kemalangan motosikal sebenarnya tidak begitu teruk. Kalau dilihat semula banyak lokasi kemalangan di kawasan lampu isyarat, dimana terdapat penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah sendiri menyebabkan kemalangan jalan raya. Jadi kadangkala, tidak adil sekiranya kita sebagai penunggang motosikal sentiasa menyalahkan pengguna jalan raya lain sebagai penyebab berlakunya kemalangan yang melibatkan motosikal.
Namun secara realitinya, kemalangan itu berpunca pada setiap kenderaan yang kita pandu dan sedikit sebanyak ia datang daripada sikap kita sendiri. Kalau kita tidak mengubah sikap kelalaian kita daripada sekarang, bagaimana dengan generasi muda yang akan datang. Siapa yang perlu dicontohi oleh generasi baru ini nanti. Jadi renung-renungkanlah untuk kita semua, sila tonton video yang disertakan sebagai peringatan kepada kita semua. Menungganglah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang.


Leave a comment