KTM 1190 Adventure

Hujung minggu begini, kami lebih gemar dengan cerita-cerita yang lebih santai. Baru-baruini, pihak KTM telah menyiarkan gambar rasmi dari laman mereka tentang jentera KTM 1190 Adventure yang terbaru bagi pasaran 2013. Kami tidak mendapat sebarang cerita rasmi buat masa ini tentang jentera ini dan ia dikatakan mengikut sumber kami bakal menyaingi jentera Ducati Multistrada yang terbaru.

Apapun, jentera jenis penjelajahan begini bukanlah sesuatu yang mainstream di Malaysia pada masa kini. Ini kerana, kebanyakan pengguna di Malaysia lebih menggemari jenis Supersport dan entry level touring bike bagi jentera berkapasiti sederhana dan besar. Walau untuk hujung minggu, kumpulan jentera jelajah seperti ini jarang dapat dilihat apatah lagi untuk dilihat setiap hari.

KTM merupakan sebuah pembuat motosikal yang terkemuka bagi kategori sebegini dan kami harap ia akan memasuki pasaran Malaysia secepat mungkin dan kami juga harap bahawa pihak KTM Malaysia dapat berikan kerjasama bersama kami untuk proses perfileman pada masa akan datang.

Sila LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE channel YOUTUBE kami.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s