Mengikut dari perancangan dan perlaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak Malaysian Riders, apa yang boleh anda sebagai pembaca dan penonton kepada segala bahan dan racangan kami sama ada di laman utama kami, di laman Youtube mahupun di laman Facebook kami.

Pertama sekali, berkaitan dengan laman Facebook kami. Seperti yang anda mungkin sedia maklum, pertandingan 700 LIKES GIVEAWAY yang telah dianjurkan dengan kerjasama dari pihak KG BIKERS MART, GIVI dan juga APPLE telah pun ditamatkan. Pihak Malaysian Riders telahpun memilih pemenang untuk ketiga-tiga hadiah yang ditawarkan. Pengumuman pemenang akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini dan kami akan membuat penyerahan hadiah secara terus mengikut kesesuaian lokasi atau secara penghantan pos.

Selain itu, dalam bulan Oktober ini juga kami akan mengeluarkan 3 lagi filem atau video untuk dijadikan tatapan anda semua iaitu Filem Review Monster 795, Filem Review Aprilia Shiver 750 dan juga dokumentari yang dilakukan dengan kerjasama SELANGOR MOTOR RACE akan dikeluarkan untuk tayangan tanpa had di lama YOUTUBE kami. Dengan itu, kami berharap kepada pembaca dan pengikut perkembangan Malaysian Riders dapat menekan butang SUBSCRIBE bagi memudahkan anda untuk mengikuti kemaskini kami.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger