Kawasaki Z800 dan 250R 2013 dilancar

image courtesy of Kawasaki Europe

Setelah sekian lama pengikut perkembangan industri permotoran khususnya bagi jentera motosikal yang tidak sabar-sabar bagi menerima kehadiran jentera Kawasaki yang sudah diperkatakan oleh pihak media selama ini. Kini, pihak Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd telahpun melancarkan dua model yang dinanti-nantikan oleh peminat motosikal jenama dari negara Matahari terbit ini iaitu Kawasaki Z800 dan juga Kawasaki 250R 2013.

Pelancaran yang diadakan di Bandar Sunway itu menyaksikan kehadiran pihak media dan juga pengedar atau kedai-kedai motosikal yang dijemput bagi menyaksikan sendiri kelibat jentera terbaru dari Kawasaki ini buat pertama kalinya di Malaysia. Namun begitu, spesifikasi dan rupa bentuk kedua-dua jentera ini tidak lagi asing dari kita semua kerana gambar jentera tersebut telah lama disebarkan melalui media sebelum ini.

image credited to motomalaya

Apa yang betul-betul dinantikan adalah harga untuk yang diletakkan kepada kedua-dua jentera ini. Diapasang oleh pihak Kawasaki di Thailand, sememangnya boleh dijangka bahawa harga diletakkan haruslah berpatutan dengan pasaran di Malaysia ini. Z800 dikatakan akan dijual dengan harga bermula dari RM47,989 manakala Kawasaki Ninja 250R 2013 dengan harga bermula RM22,589.

image credited to motomalaya

Apapun, pihak Malaysian Riders akan cuba mendapatkan lebih banyak informasi tentang jentera Kawasaki ini untuk dikongsikan bersama anda semua. Kami juga akan cuba mendapatkan kerjasama pihak Kawasaki untuk membuat sebuah filem ulasan tentang jentera Z800 dan juga Kawsaki Ninja 250R 2013 ini. Jadi, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan informasi yang terkini dari dunia permotoran tanah air dan juga antarabangsa.

Advertisement

4 Comments

  1. when kawasaki 250r will launch?everytime i go to kawasaki dealer they said this motorcycle still not available yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s