SANTAI KAKI MOTOR KAJANG 2014  

SANTAI KAKI MOTOR KAJANG 2014 sempena Karnival Belia Komuniti Kajang 2014  pada 9hb.Disember 2014 anjuran EXCO Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang amat dinantikan oleh ramai anak muda yang meminati aktiviti bermotorsikal.

image001

Program sehari di Taman Sri Jenaris, Kajang kelolaan WADACS RESOURCES dengan  kerjasama KELAB SUKAN BERMOTOR ASPIRASI (1MC), Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (PeBT), Department Of Culture, Art & Sports Selangor (DACS) dan Alternative Riding Club Selangor (ARC) diakui ramai berjaya mencipta dan membuka peluang kepada peminat aktiviti acara bermotor menzahirkan bakat dan keberanian mereka secara sah.

image003

 Aturcara program seperti sessi “Sesah Lutut Open Free Practice”, “Streets Riders Free Style Stunt”, “Drag Machine Demo”, “Kelas Racing Kaki Motor”, “Ekzos Bingit Bakor Line”  “Pameran Kaki Motor”, “Servis 4T Percuma” berjaya menarik minat ramai penyertaan, penonton dan mendapat sokongan kuat penduduk sekitar di mana acara berlangsung.  Pengisian slot kerohanian seperti solat fardhu berjemaah serta tazkirah ringkas oleh Ustaz Yusmi Hanif Ariffin dan Ustaz Ahmad Nazri turut diselitkan demi meningkatkan kefahaman agama Islam kepada peserta dan penonton.

Di akhir program, sessi “ Sembang Kaki Motor” bersama Y.B Amiruddin Saari (ADN Batu Caves), Nasha Edziera Bahauddin dan Ustaz Muhammad Imran Zulkafli (Pelumba Professional) dan Mohamad Zahriezan Jamaluddin (Dacs Selangor) telah membuka ruang perbincangan kepada peserta dan orang ramai untuk bertukar fikiran dalam usaha memajukan aktiviti sukan bermotor di Negeri Selangor.

image005

“Acara yang disusun sempena program memang dirancang dan disusun sebaik mungkin demi memenuhi citarasa kelompok sasaran di kalangan anak muda. Pada masa yang sama kami berusaha mendidik masyarakat berkaitan aktiviti bermotorsikal secara selamat.” Komen Ahmad Sayutzi Basiron (Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia Malis Sukan Negeri Selangor).

 “Program SANTAI KAKI MOTOR wajar dijalankan di daerah lain kerana kemampuan peminat aktiviti bermotorsikal seperti kami amat terhad. Kami mohon kerajaan Negeri Selangor menyediakan litar kos mampu supaya aktiviti bermotorsikal secara sah kerap dianjurkan.” Khairol Azizy (Peserta)

 “Saya dan penduduk menyokong penuh acara seperti ini dijadikan acara bulanan di Kajang supaya mampu membantu pihak kerajaan dan pihak berkuasa menangani masalah gejala lumba haram dan mat rempit dan mendidik masyarakat. Pada masa sama mampu merancakan aktiviti ekonomi setempat” Hj Mohamad Zubir Hj Kamaruddin (Pengerusi Persatuan Penduduk Jenaris).

image011

SANTAI KAKI MOTOR akan diteruskan pada 17/5/2014 di Stadium Sungai Besar. “Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha mendepani keperluan untuk anak muda demi membuka ruang dan peluang ke arah aktiviti positif selari dengan konsep “NegeriSelangor Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan.” Komen Y.B Dr. Ahmad Yunus Hairi (Exco Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan kemudahan Awam Negeri Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s