Pencucian Teknologi Tinggi? H#Pro

DSC_8588

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2014 – H#Pro Motorsport Sdn. Bhd. merupakan peneraju unggul dalam teknologi pencucian dan penyelenggaraan kenderaan berasaskan konsep mesra alam atau eco-friendly.Teknologi cucian ini menggunakan kombinasi antara wap dan penggilap (steam wax) dan pertamanya seumpamanya diperkenalkan di Malaysia oleh H#PRO Motorsport.Di H#PRO Motorsport , agen pembersih yang digunakan juga berasaskan bio-degradable yang mesra alam. Teknologi cucian steam wax ini mampu mengurangkan 90 peratus penggunaan air berbanding cucian konvensional.

Tanpa disedari, setiap kali mencuci kereta atau motosikal menggunakan kaedah konvensional, pembaziran air berlaku selain menyebabkan pembuangan sisa kimia. Namun, dengan teknologi cucian steam wax,  perkara ini dapat dielakkan.Dengan teknologi cucian steam wax, penggunaan air  dapat menjimatkan di mana tidak lebih dari dua liter air sahaja diperlukan untuk mencuci sebuah kereta.Teknologi cucian steam wax  juga terbukti  bukan hanya berkesan menanggalkan kotoran serta sisa minyak yang melekat pada badan kereta atau motosikal, malah mengilatkan permukaan yang dicuci.

Ia juga dapat membasmi 99.9 peratus kuman. Ini kerana wap yang terbentuk untuk mencuci kenderaan tersebut akan mencapai suhu sepanas 100 darjah celcius. Suhu panas tersebut bukan sahaja dapat menanggalkan kotoran dengan mudah tetapi juga dapat membasmi kuman.Cucian steam wax  juga dapat memelihara cat kereta atau motosikal supaya sentiasa nampak baru dan bersinar. Ini kerana penggunaan syampu secara kerap akan menghakis dan memudarkan cat kenderaan  tanpa disedari.Selain dari kebersihan dan kecantikan kereta dan motosikal, satu lagi keutamaan yang sering diabaikan adalah kebersihan topi keledar. Topi keledar, selain melindungi kepala semasa menunggang ia juga harus dijaga bersih kerana keadaan cuaca negara yang sangat panas akan menyebabkan peluh meresap ke dalam fabrik di dalam topi keledar yang membiak kuman serta bau.Kini, buat julung kalinya di Malaysia, H#Pro Motorsport dengan sistem cucian steam wash dapat membersih serta nyah kuman topi keledar yang berbau serta kotor dan pengguna tidak perlu lagi membazirkan duit  untuk membeli topi keledar  baru.

IMG_0474

Selain itu, H#Pro Motorsport juga menyediakan khidmat cucian steam wash untuk penjagaan barangan kulit seperti jaket, sarung tangan mahupun kasut kulit permotoran.Uniknya pusat cucian steam wash H#Pro Motorsport ialah dilengkapi dengan café serba lengkap yang berfungsi sebagai ruangan menunggu (waiting lounge) untuk keselesaan pelanggan.Berucap pada majlis pelancaran HPro Motorsport Sdn. Bhd. Pengarahnya, Norhizam Yunus berkata “H#Pro Motorsport akan membuka peluang perniagaan kepada para usahawan terutama usahawan Bumiputera yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan pencucian steam wax dan steam wash melalui konsep Mobile Kiosk ini.”Mobile Kiosk yang akan diperkenalkan tidak lama lagi itu membantu pengguna kerana ia lebih mudah, murah dan praktikal.Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  konsep Mobile Kiosk ini boleh menghubungi H#Pro Motorsport Sdn. Bhd di talian 03-41312166 atau melayari laman web: www.hpromotorsport.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s