Hafiz Syahrin pelumba Monster Yamaha Tech 3 meneruskan perlumbaan MotoGP bagi pusingan seterusnya sebagai pendahulu “rookie”. Setelah berjaya meraih mata di pusingan Qatar dan Argentina, beliau kini mendahului pencabar terdekat Franco Morbidelli dari pasukan Mark VDS dan Takaaki Nakagami dari pasukan LCR Honda Idemitsu.
Pusingan di Argentina merupakan persembahan Hafiz Syahrin terbaik buat masa ini, beliau berjaya mendapat tempat ke 8 walaupun bermula dari petak ke-23 semasa perlumbaan bermula. Di dalam perlumbaan tersebut Hafiz terpaksa bersaing dengan pelumba yang lebih senior seperti Valentino Rossi, Maverick Vinales dan Andrea Dovizioso. Selepas perlumbaan tersebut, pengurus pasukan Tech 3 Yamaha, Harve Poncharal memberika pujian kepada Hafiz.
“Jutaan tahniah kepada Hafiz Syahrin, beliau menempuhi perlumbaan kali ini dengan tidak membuat sebarang kesilapan, kemungkinan dia gementar semasa ujian kelayakan menyebabkan beliau tidak beraksi seperti yang diharapkan. Tetapi, dengan bermula dari tempat yang corot dan berjaya menghabiskan perlubaan di tempat ke-9 , saya merasakan ini mampu menaikkan semangat Hafiz”
Memperbaiki prestasi semasa ujian kelayakan merupakan target bagi Hafiz di Texas nanti, beliau pernah meraih tempat ke-6 pada 2015 lalu ketika berlumba dalam klas Moto2. Sebelum Hafiz tiba di Litar Perlumbaan Amerika, beliau melawat bekas perlumba Tech 3 Yamaha dan juga juara dua kali World Superbike Championship Colin Edwars di Texas Tornado Boot Camp untuk mendapatkan tips dan latihan sebelum ke litar Jumaat ini.
Mampukah Hafiz Syahrin menyinar di pusingan Kali ini? Jangan lupa saksikan perlumbaan MotoGP hujung minggu ini.
Sumber Berita: http://motogp.com
Sumber Gambar: https://motogp.teamtech3.fr/index.php/en/