Pada 9hb Jun lalu, telah berlangsung activiti berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kundang, Selangor.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang digalakkan untuk kita melakukan amal kebaikan dan kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan)..” Maka sesungguhnya bertuahlah kita kerana berpeluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan berbuat amal kebaikan.
Demi menyahut seruan untuk melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan ini, pemilik-pemilik motorsikal Kawasaki turut serta menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam. Program ini juga diadakan untuk meraikan bulan Ramadhan bersama dengan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kundang, Selangor.
Aktiviti tahunan ini adalah anjuran bersama Kawasaki Owners Group atau lebih di kenali di kalangan bikers sebagai KOG, Ninja 250 Group, Kawasaki Lady Bikers, Z9, Vulcan S, Kilat, RoyaleNight, ZX10/ZX6, Wilhin GT World Ninja Motors & Kawasaki Motors Malaysia.
Pengerusi Majlis En. Suhaimi Bin Kusaini atau lebih di kenali sebagai Miekawa dari KOG di kalangan bikers semua berkata “Kami berasa bertanggungjawab membantu golongan itu dan mahu berkongsi kegembiraan dengan mereka,”. Objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial, meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Matlamat aktiviti agihan kuih-muih ini berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh kepada semua ahli kelab motosikal berkuasa tinggi berkaitan dengan kesedaran dalam menghayati bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan.
Aktiviti sedemikian juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara bikers and masyarakat setempat. Lebih dari 120 biji motorsikal Kawasaki dari 250cc ke atas berkumpul di KMSB Kawasaki Glenmarie seawal jam 4.00petang. Konvoi bergerak jam 5.00ptg menghala ke Kundang untuk aturcara di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kundang, Selangor.
Sesi “RIDE BERSAMA BROTHER BIKERs” di adakan bersama anak-anak semua. Mereka dapat berkenalan dengan para bikers serta jentera-jentera mereka yang diidami. Kunjungan oleh warga Bikers telah menyemarakkan lagi semangat kanak-kanak semua. Semua hadirin kemudiannya menyertai majlis berbuka puasa, selepas solat Maghrib, disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa dan juga kuih-muih tradisional.
Dalam suasana kesyukuran serta keberkatan Ramadan, majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta anak-anak yatim bagi persediaan menjelang Syawal yang akan berkunjung tiba. Selaian daripada duit raya yang di edarkan kepada semua kanak-kanak di majilis ini, para bikers serta dengan pertolongan KMSB Kawasaki & Wilhin Motors berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,000 untuk pusat jagaan ini. Syabas kepada semua.
Majlis penyerahan sumbangan duit raya telah disempurnakan oleh En. Awalludin Bin Mohammad Lip, Penolong Pengurus Besar Kawasaki Motors Malaysia, Dato Seri Wilson dari Wilhin GT World Ninja. Seramai 57 orang anak-anak yatim yang hadir berasa amat bersyukur dan berterima kasih diatas keperihatinan yang di kongsi bersama para bikers semua. Majlis selesai sebelum solat Isyak.