TUNEBOSS TRACK ATTACK 2019

Kejohanan Tuneboss Braaap Track Attack (Tuneboss BTA) 2019, anjuran Kelab Sukan Bermotor BRAAAP (BRAAAP Motorsports) memfokuskan kepada jentera ‘road legal’ berkapasiti 400cc ke bawah,dengan memberi peluang kepada pemilik dan juga peminat perlumbaan motorsikal untuk menonjolkan bakat mereka bermula pada Pusingan Pertama pada 31 Mac ini.

Penganjuran Tuneboss BTA 2019 dengan kerjasama Kelab Sukan Integrasi dan COMMA Motorsports dijadualkan sebanyak enam (6) pusingan melibatkan pelbagai kategori iaitu 400cc 4T, 250cc 4T, 150cc 4T Underbone, 180cc 4T Underbone, 150cc 2T, 150cc 4T Tank, 200 cc Supermoto CKD / China serta jalinan kerjasama dengan pemilik kelab motorsikal di laman sosial untuk kategori Fifty5 R25 One Make Race dan 14.7:1 CBR250R One Make Race.

IMG_5843

Kejohanan ini bakal dianjurkan di litar-litar lumba kekal seperti Litar Elite USJ Speedway serta Litar Antarabangsa Go Kart Sepang. Pusingan akhir yang dijadualkan pada hujung tahun bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjangkan lebih seratus lima puluh pelumba dari seluruh Negara yang bukan di kalangan pelumba professional bakal berentap bagi merebut kejuaraan keseluruhan Tuneboss BTA 2019.

Sokongan padu daripada penaja utama kejohanan iaitu “Tuneboss Malaysia” yang diketahui sebagai pelopor sistem kawalan elektronik (ECU) buatan Malaysia bagi jentera 400cc ke bawah bakal merealisasikan impian seluruh peminat-peminat sukan bermotor Negara untuk berlumba di tempat yang lebih selamat dan terkawal.

TuneBoss Braaap Track Attack 2019_IG Poster Template

“Kami berbangga dapat menjalin kerjasama dengan BRAAAP Motorsports dalam penganjuran kejohanan ini, di mana ia memberi peluang kepada peminat sukan bermotor untuk berhibur. Walaupun teras perniagaan kami adalah prestasi, namun keselamatan tetap menjadi keutamaan, di mana perkara yang sama kami inginkan untuk pelanggan kami. Dengan penganjuran kejohanan ini, mereka dapat melaksanakan minat mereka dalam persekitaran terkawal dengan kehadiran pasukan perubatan serta marshall dan penyelia perlumbaan yang bertauliah dan terlatih. Jauh berbeza dengan suasana perlumbaan haram di jalan awam. Kami berharap lebih banyak program seperti ini dianjurkan, untuk memenuhi kehendak peminat sukan bermotor yang sering dilupakan. Mana tahu, ia bakal melahirkan pelumba motorsikal bertaraf dunia akan datang.Pandu cermat di jalan raya & majulah sukan permotoran untuk Negara.” – pengasas Tuneboss, Farhan Ali.

Disamping Tuneboss, beberapa jenama utama yang terkenal dengan alat ganti motorsikal, kelengkapan dan aksesori penunggang  yang terkenal di dalam serta luar Negara juga telah mengesahkan penglibatan mereka melalui penajaan berupa barangan yang bernilai lebih RM 60,000.00. Diantaranya PIRELLI Malaysia sebagai Rakan Tayar Rasmi kejohanan, RAPIDO, BEON Helmets, GIVI Asia dan FT Garage Racing.

 

“Selepas kejayaan dalam penganjuran program Hari Litar (Trackday) serta Fun Race semenjak tahun 2015, BRAAAP Motorsports yakin bahawa pelumba yang menyertai Tuneboss BTA 2019 akan merasa berpuas hati dengan kejuaraan ini memandangkan yuran penyertaan yang ditetapkan adalah mampu milik, selain kerjasama dan sokongan yang padu daripada penaja-penaja. Undang-undang kejohanan yang juga mensyaratkan pelumba-pelumba negara yang dikategorikan sebagai professional tidak dibenarkan untuk menyertai juga membuktikan bahawa komitmen dan objektif kami jelas iaitu menganjurkan kejohanan perlumbaan khas untuk peminat sukan permotoran yang mungkin tidak berpeluang untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh, menonjolkan bakat mereka melalui Tuneboss BTA 2019” Azuan Izadee, jurucakap BRAAAP Motorsports.

DSC_0178

Sepanjang berlangsung kejohanan ini, terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan khas untuk penonton dan peminat sukan bermotor dirancang seperti khemah jualan dari Hong Leong Yamaha, promosi luar biasa untuk pembelian motorsikal model baru oleh Soon Ban Fatt Enterprise, pertandingan dyno khas untuk pemilik ECU Tuneboss, serta cabutan bertuah di setiap pusingan kejohanan dengan sejumlah hadiah yang bernilai lebih RM 20,000.00 termasuk sebuah motorsikal Yamaha Y15ZR atau R25 tajaan BRAAAP Motorsports yang bakal dimenangi sebagai cabutan utama di penghujung musim.

Untuk informasi lanjut, butiran serta perkembangan kejohanan TuneBoss BRAAAP Track Attack 2019 boleh diikuti di laman sesawang http://www.braaapmotorsport.com , laman media sosial instagram @braaapmotorsport serta facebook Braaap Motorsports dan BRAAAP Trackday.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s