Honda RS150R kembali mengujakan segmen kapcai sports

  • Honda RS150R dikemaskini dengan warna dan jalur yang lebih bergaya .
  • Ia didatangkan dengan rekaan lampu belakang yang runcing untuk gayaan terkini.
  • Paparan meter LCD yang menawarkan pelbagai maklumat bagi kemudahan penunggang .
  • Rim tayar 17 inci dengan warna emas menampakkan kemasan premium.

Pulau Pinang, 6 th January 2020 – Boon Siew Honda membuka lembaran baru tahun
2020 dengan pengenalan Honda RS150R baharu. Rekaan Honda RS150R kini
dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium. Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemasan
moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD
digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi. Fungsi terbaru ini untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter. Ciri ini menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang..

Brochure inside

Honda RS150R ini turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada – Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC 6 kelajuan yang
menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Variasi warna Honda RS150R

  • Trico
  • Pearl Magellanic
  • Black Pearl
  • Nightfall Blue
  • Repsol

Varian Harga
Standard (Trico, Black, Blue) RM 8,199
Repsol RM 8,499

RS150R baharu hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu) bagi memastikan pelanggan dapat menikmati penyenggaraan berkualiti tinggi dan juga ketenangan minda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS150R, sila layari laman sesawang
http://www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di talian tol percuma
1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum).

RS150R RepsolRS150R BlackRS150R BlueRS150R Trico

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s