Bagaimana Industri Permotoran akan Kembali Normal?

IMG_2096

Siapa sangka sesuatu yang sebegini akan berlaku kepada kita semua, namun itulah yang terjadi buat masa ini dengan penularan virus COVID-19 yang meragut nyawa beribu orang seluruh dunia dan merencatkan kehidupan kita di negara ini. Malaysia tidak terkecuali dari kesukaran ini dan kita nampaknya telah memasuki satu fasa yang kritikal dimana satu langkah yang salah mungkin sahaja boleh meranapkan keseluruhan ekosistem negara kita. Dalam sektor automotif, khususnya dua roda sebelum ini; keadaan sudahpun berada dalam keadaan yang agak sukar. Industri yang sebelum ini dilihat sedikit perlahan dan menurun kepada beberapa pihak tertentu pastinya kini akan menghadapi satu kesukaran yang lebih besar apabila fokus pengguna lebih terarah kepada keupayaan untuk menghadapi hari yang mendatang.

Permasalahan COVID-19 ini sememangnya tidak menjadi pemangkin yang diinginkan oleh majoriti pemain industri dalam arena permotoran namun ia tetap terjadi dan ini bakal menjadi cabaran terbesar buat mereka. Kita semua boleh melakukan pemerhatian kepada pergerakan industri permotoran dalam tempoh masa yang mendatang dan kita mungkin akan melihat satu trend penurunan yang berpanjangan kepada pemain-pemain industri. Kehadiran wabak penyakit ini merupakan satu wake-up call yang kuat buat kita semua secara asasnya dan ia cukup dirasai oleh mereka yang tidak berada dalam kategori keperluan asas yang penting. Perniagaan atau perusahaan yang berasaskan aksesori atau mewah dalam arena permotoran dilihat akan merasai kesannya terlebih dahulu. Kemudian akan disusuli oleh para pekedai motosikal secara umumnya.

display area 2

Penurunan trend perbelanjaan dalam sektor permotoran ini seterusnya akan merencatkan pergerakan kewangan negara yang akan membuatkan ekonomi bertambah perlahan dan ini bukanlah satu teori sahaja malah ia satu kitaran yang perlu dilalui. Ia merupakan satu kesan sampingan yang wajib hadir melalui satu permasalahan bersaiz global sebegini, tidak mengira apa puncanya dan dalam konteks kita kali ini ialah penularan wabak yang besar. Namun begitu, setiap penurunan pasti akan membuka lembaran baru untuk satu kenaikan baharu. Ini yang perlu di fokuskan oleh pemain-pemain industri bagi melakukan langkah membaik pulih keadaan agar ekosistem industri tidak terus hancur berikutan penularan wabak ini.

Pasti akan ada yang berjaya untuk menghadapi masalah ini dan pasti juga akan ada yang tewas, namun itulah kesan yang perlu diterima semua pihak khususnya yang terkesan oleh perkara ini. Melihat pada kekuatan dan keupayaan sesebuah organisasi tersebut, kejayaan mereka akan memulakan sebuah kitaran lain yang boleh memberi peluang baharu untuk digunakan oleh pemain-pemain industri yang lain. Mereka yang bersaiz besar atau mempunyai rangkaian antarabangsa mungkin lebih mudah untuk mengawal keadaan mereka, dan ini menjadi tunjang harapan untuk mencipta peluang baharu dan seterusnya merancakkan semula industri permotoran tanah air. Tetapi ia perlu dilaksanakan dengan telus dan tidak terarah kepada monopoli ekonomi yang boleh memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang sebuah negara seperti Malaysia.

Semua pihak perlu memainkan peranan yang betul dalam tempoh ini agar satu garis masa yang konsisten boleh diwujudkan bagi memperbaiki keadaan ini sekiranya ia benar-benar terjadi kearah yang lebih buruk. Namun begitu, tiada kepastian sama ada tempoh untuk membaiki keadaan ini akan mengambil masa yang lama atau sekejap. Industri permotoran merupakan sebuah industri yang memberi manfaat kepada ramai individu dan organisasi, ia juga antara penyumbang kepada kesihatan ekonomi negara seperti Malaysia. Walaupun saiz industri di negara ini tidaklah sebesar negara jiran mahupun barat; namun ia tetap memberi sumber rezeki kepada ratusan ribu atau jutaan penduduk di Malaysia. Justeru, diharapkan selepas semua ini selesai; banyak peraliran wang dalam negara akan berlaku melalui industri permotoran demi kebaikan sejagat.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s