Hong Leong Yamaha seringkali meraikan pemilik-pemiliknya dalam pelbagai acara sepanjang tahun. Kali ini, seperti tahun lepas, Yamaha Malaysia sekali lagi meraikan hari wanita sembutan peringkat kebangsaan dengan mengumpulkan penunggang motosikal wanita dalam acara “RIDE SMART, RIDE SELAMAT”, iaitu sebuah kempen Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan bersama Persatuan Penjual-Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur.

Kempen keselamatan Jalanraya yang dijenamakan semula daripada Kempen Keselamatan Balik Kampung yang telah pun dijalankan setiap tahun selama 25tahun berturut-turut.

Pengarah Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Professor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei menegaskan tentang peralihan fokus kempen ke arah gaya hidup, yang mana ini lebih menepati kumpulan yang menjadi tumpuan kempen. Tahun ini, HLY memutuskan untuk meraikan penunggang dan pemilik motosikal wanita, sempena hari Wanita Sedunia, disamping menerapkan ilmu dan pengetahuan tentang keselamatan penunggangan jalanraya.

Terlanjur dengan itu, akibat dari kehadiran yang memfokuskan penunggang wanita ini, MALAYSIAN BOOK OF RECORDS telah mengesahkan acara ini berjaya mengumpulkan penunggang motosikal wanita seramai 1,010 orang dan sekaligus mengesahkan ianya sebagai satu rekod kebangsaan MBOR sebagai jumlah teramai penunggang wanita terkumpul dalam satu-satu acara permotoran.

Kumpulan ‘ladybikers’ ini juga turut dikenali sebagai KELAB DEWI YAMAHA MALAYSIA, turut disediakan pelbagai program yang mendukung keberadaan wanita. Acara ini juga turut berfungsi sebagai cabang perkenalan antara bikers wanita, sesi peraduan penunggangan ‘SMART RIDE’, Ride PW50, Pencarian Harta Karun dan banyak lagi, dengan peluang memenangi 2 unit motosikal YAMAHA dan lain-lain hadiah menarik. Terdapat juga sesi pemeriksaan motosikal secara percuma dan rider-rider wanita bertuah akan menerima jaket keselamatan dan helmet daripada KHI.

Beberapa kumpulan yang berasaskan keutamaan para wanita juga turut diberikan sedikit sumbangan sempena sambutan hari wanita daripada satu kumpulan motosikal rasmi HLY, iaitu kelab pemilik LC 1010.

Barisan pameran dan kaunter-kaunter promosi dan jualan juga tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan acara. Penyertaan syarikat-syarikat dan juga agensi-agensi kerajaan yang tidak mahu ketinggalan dalam usaha menyebarkan tentang ilmu dan informasi yang berkaitan dengan penunggangan motosikal.

Adalah diharapkan usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan lagi demi untuk kepentingan dan keselamatan penunggang-penunggang motosikal, tanpa mengira jantina.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger