Modenas Umum Jentera ZX-25RR, Varian Baharu

Shah Alam, Khamis, 21 Mac 2024 – Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), hari ini mengumumkan harga bagi varian ZX-25R iaitu Modenas ZX-25RR. Sejak kemunculan pertama Modenas ZX-25R SE pada September 2023 lalu, model ini terus mencipta satu fenomena baharu di dalam arena permotoran di negara ini, memberikan prestasi dan gaya yang tiada tandingan dalam kelasnya.

Kedua-dua ZX-25R SE dan ZX-25RR mempunyai sistem suspensi hadapan yang sama iaitu SFF-BP 37 untuk memastikan pengendalian dan kestabilan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, ZX-25RR, dalam kemasan double-R nya, dilengkapi dengan Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini juga menawarkan mampatan serta redaman lantunan yang cekap, bersama-sama dengan kebolehlarasan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan lagi pengalaman menunggang mereka.

Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi
dengan:

  • Enjin empat sebaris 250cc berprestasi tinggi, dikuasakan dengan kuasa
    maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk memberikan pengalaman
    tunggangan yang mengujakan sama ada di trek atau jalan raya.
  • Ciri elektronik yang paling baharu termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Cluth dan 3 mod tunggangan yang berbeza dalam memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.
  • Selain itu, kedua-duanya dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menampilkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideologynya, dalam meningkatkan pengalaman dan kelancaran ketika menunggang.

Harga yang disyorkan bagi model ZX-25RR ialah, RM 36,500.00, menjadikannya pilihan yang sangat menarik bagi peminat motosikal yang mencari prestasi dan gaya tanpa kompromi. Model ini boleh didapati di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.

Leave a comment