Ini merupakan satu cerita yang menarik boleh kami kupaskan melalui informasi yang diterima. Jenama yang lahir dari negara kita ini kini akan meluaskan operasi mereka dengan pembukaan pusat penyeledikan dan juga pejabat urusan baharu buat jenama mereka di Eropah. RCB atau lebih dikenali dalam pasaran tempatan sebagai Racing Boy bukanlah satu jenama yang asing dari kancah sukan permotoran antarabangsa. Bermula sekitar tahun 1995 dan kini ia telah melangkah lebih gagah masuk kedalam industri akesesori permotoran di Eropah yang sememangya sebuah industri yang lebih “keras” dari segi persaingan dan kemajuan teknologi mereka.

Pusat operasi baharu mereka yang berkpangkalan di Itali itu bakal menjadi satu pusat operasi penting dalam keluarga RCB bagi terus memperkukuhkan kesediaan produk mereka disamping menaikkan taraf jenama mereka dalam pasaran global masa kini. Mereka mengumumkan informarsi tersebut baru-baru ini dalam penyertaan mereka dalam EICMA di Milan yang merupakan acara tahunan yang besar buat industri motosikal dan aksesori. Tahun 2024 merupakan kali kedua secara berturut RCB membuat kemunculan yang rasmi di acara tersebut dan langkah mereka kini tampak lebih signifikan dan memberi gambaran bahawa mereka lebih serius bagi mengembangkan perniagaan mereka pada taraf global.

Pada tahun kedua penyertaan RCB dalam EICMA, RCB memperkenalkan perkembangan terkini dalam sistem brek, suspensi dan casis untuk penunggang profesional dan harian. Menurut Bruce selaku CEO buat RCB, EICMA adalah platform penting dalam industri motosikal global dan RCB berbesar hati dapat berada di samping peneraju industri lain. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders bagi mendapatkan perkembangan lanjut tentang jenama RCB ini dalam masa akan datang.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger