Sedang kita tahu negara China kini jelas menerajui industri permotoran melalui kenderaan elektrik khususnya segmen kereta dan trak atau lori. Namun begitu, disebalik kerancakan negara tersebut mengemudi elektrifikasi dunia melalui kenderaan elektriknya; CFMoto pula rancak melakukan inovasi baharu terhadap jentera mereka dan yang terkini; mereka mula menunjukkan aspirasi mereka dalam menembusi pasaran global dengan pembinaan enjin 1000cc yang bakal dikenakan untuk motosikal berkuasa besar mereka yang cukup futuristik.

Enjin CFMoto V.04 ini dikatakan boleh menghasilkan kuasa sekitar 209hp pada 14,500rpm berserta 114Nm tork pada 12,500rpm yang mana dari segi teorinya ia agak kompetitif jika dibanding dengan enjin jentera dari jenama yang jauh lebih berpengalaman dalam industri ini. Kejuruteraan enjin ini mula muncul sejak awal tahun 2023 dalam bentuk paten yang didaftarkan dan baru-baru ini bertempat di EICMA, Milan; enjin ini mula ditonjolkan kepada umum disamping jentera konsep mereka.

Pembangunan enjin ini memberi gambaran bahawa produk dari CFMoto bakal berkembang kearah barisan yang lebih besar dan mantap seiring pasaran motosikal berkuasa tinggi yang lain. Kita boleh menjangkakan dalam tempoh kurang lebih 3 hingga 5 tahun akan datang, jentera-jentera dari jenama CFMoto ini bakal berada pada tahap yang hampir sama dengan jenama seperti dari Itali atau Jepun atau lebih baik dari itu. Oleh itu, kita akan perhatikan pergerakan dan perkembangan dari jenama CFMoto ini dalam masa terdekat.

Teruskan bersama Malaysian Riders bagi kemaskini terkini yang bakal kami bawakan berkenaan jenama ini dan perkembangan lain dari industri permotoran global dan tempatan.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger