Mampukah KTM bertahan di perlumbaan MotoGP dengan hutang sebanyak USD3 bilion?
Semenjak krisis kewangan KTM diketahui umum, KTM sentiasa memberi jaminan bahawa pasukan MotoGP mereka adalah projek yang kukuh. Namun keraguan semakin memuncak kini.

Krisis yang melanda KTM ini dilihat kerana mereka terlalu fokus produk yang salah – siri DUKE 890/1290 yang memberi keuntungan yang tinggi namun merekodkan jualan yang sangat rendah. KTM mengabaikan segmen entry level mereka yang akhirnya memakan diri.

Impak krisis kewangan yang besar ini memberi kesan kepada 3,700 pekerja kilang di Austria. Laporan juga menyatakan gaji pekerja KTM sudah tertunggak dan kemungkinan tidak dapat dilangsaikan langsung.

Rakan kongsi terdekat juga lebih banyak berdiam diri dengan langsung tiada khabar dari Red Bull atau Bajaj Auto. Nasib KTM bakal ditentukan mahkamah pada Februari 2025 nanti. Sama ada brand KTM akan kekal atau akan terus berkubur menjadi sejarah.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger