CFMOTO sudah memulakan projek motosikal yang dikuasakan sepenuhnya dengan motor elektrik. Pertama kali dipertontonkan di EICMA 2024 yang lepas, CF-X dipamerkan sebagai motosikal berkuasa tinggi yang akan bertanding dengan kategori 450cc enjin pembakaran petrol.
Walaupun tiada pengesahan daripada pihak CFMOTO tentang program ini akan berjaya ke peringkat jualan kepada pengguna, namun kami yakin bahawa motosikal elektrik ini akan dilancarkan pada sekitar tahun 2026.

CF-X ini adalah hasil evolusi dari projek EVMX yang lepas, menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan chassis yang dipertingkatkan. CFMOTO tidak mengumumkan kuasa motor ini namun mengesahkan jentera ini menggunakan sistem elektrik 400V dengan 3 pilihan kuasa dan boleh bersaing di dalam kategori 450cc enjin pembakaran petrol.
Spesifikasi CF-X setakat ini yang diketahui didatangkan dengan sistem suspensi 12.2″ boleh ubah sepenuhnya dari WP dengan tinggi tempat duduk 37.8″. Saiz bateri tidak diketahui namun berat motosikal ini hanya sekitar 125kg jadi kami fikirkan saiznya tidaklah besar. Tidak dapat dipastikan juga sama ada jentera ini boleh mengganti unit baterinya atau hadir dengan sistem fast charging.
Pada ketika ini kita hanya mampu menanti pengumuman dari CFOMOTO berkenaan projek EV mereka.



Leave a comment