KTM “merancang” untuk meninggalkan dunia perlumbaan MOTOGP pada 2026 sebagai salah satu langkah bagi menstabilkan semula kedudukan kewangan syarikat tersebut. Krisis kewangan yang melanda KTM kian meruncing tanpa ada jalan keluar dari diisytihar bangkrap.

Laporan dari Alpine Creditors Association (AKV) berkenaan penstrukturan semula KTM telah membenarkan syarikat tersebut untuk terus beroperasi dan meneruskan aktiviti buat sementara ini. KTM sebelum ini mengumumkan akan komited untuk terus berlumba di MOTOGP pada 2025 namun tidak menyatakan rancangan masa panjang untuk 2026 dan seterusnya.

Hal ini kerana kontrak KTM untuk berlumba di MOTOGP bakal tamat pada 2026, maka KTM seharusnya memenuhi syarat kontrak untuk menyertai perlumbaan tersebut pada 2025. Analisis ekonomi menyatakan KTM boleh mengurangkan kos sebanyak USD48 juta dengan tidak menyertai perlumbaan di MOTOGP. Hal ini pastinya memberi impak kepada para pelumba di bawah KTM – Pedro Acosta, Brad Binder, Enea Bastianini dan Maverick Vinales.

Khabar angin mengatakan ada banyak pihak yang mahu melabur ke dalam KTM bagi menjayakan semula kegemilangan KTM. Nama besar yang kuat disebut adalah Lewis Hamilton, 7 kali juara dunia Formula 1. Pada awalnya Lewis dikatakan berminat untuk membeli pasukan Gresini Racing, manakala Liberty Media mengesahkan bahawa Lewis memang ada menyatakan niat untuk terlibat dalam dunia MOTOGP sebagai pemilik pasukan.

Para pelabur hanya ada masa sehingga minggu ketiga bulan Januari untuk menyatakan tawaran mereka, wang pelaburan ini sangat penting untuk KTM membayar 30% dari jumlah hutang mereka atau mereka akan diisytiharkan muflis.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger