BRAAAP MOTORSPORT bersama MANNOL Malaysia secara rasmi menandatangani MOU sebagai Penaja Utama dan Pelincir Rasmi bagi semua aktiviti BRAAAP MOTORSPORT untuk tahun 2026. 

MANNOL Malaysia selama ini fokus terhadap kenderaan empat roda dan untuk 2026, mereka ingin memulakan penguasaan di segmen dua roda.  MANNOL melihat BRAAAP sebagai platform yang sangat dekat dengan komuniti rider dan budaya motorsports tempatan. Penajaan ini selari dengan misi MANNOL untuk lebih dekat dengan pengguna, sambil membuktikan prestasi dan ketahanan produk MANNOL dalam keadaan tunggangan sebenar, terutama dalam perlumbaan endurance dan trackday.

Antara acara utama di bawah kerjasama ini adalah: 

MANNOL SBK Trackday & Superpole Trackday di Litar Antarabangsa Sepang

MANNOL BRAAAP 2 Hours Endurance 2026 – Perlumbaan Superbike Endurance 2 jam pertama di Malaysia

MANNOL BRAAAP 4 Hours Endurance Race – ketegori Moped yang pertama kali dianjurkan selama 4 jam, selepas 5 tahun berturut-turut dianjurkan selama 2 jam.

MANNOL Malaysia juga turut menjadi rakan strategik eksklusif pelincir motosikal bagi motosikal perlumbaan BRAAAP Motorsport yang terdiri daripada Ducati Panigale V4S, Honda CBR600RR, Honda CBR250RR dan Yamaha Y15ZR sepanjang tahun 2026.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger