Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Royal Maroon sebagai pilihan warna terbaharu bagi Yamaha Y15ZR Special Edition (SE), menampilkan gaya yang lebih eksklusif dan sofistikated buat penunggang yang menghargai kelainan.
Melengkapkan penampilan premium tersebut, Y15ZR Special Edition (SE) turut didatangkan dengan Sports Visor eksklusif yang menyerlahkan imej lebih sporty dan dinamik. Selain itu, model ini juga dilengkapi Yamaha Premium Basket bersama port pengecas USB Type-C terbina dalam, menawarkan kemudahan tambahan untuk kegunaan harian tanpa menjejaskan gaya mahupun praktikaliti.

Ketersediaan dan Harga
Yamaha Y15ZR SE dengan pilihan warna baharu boleh didapati di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pada 1 Julai 2026 dengan harga yang disyorkan RM 9,498.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Setiap pembelian Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) didatangkan dengan Yamaha Safety Disc Lock bernilai RM100.00 secara percuma, memberikan nilai tambah kepada pemilik serta perlindungan tambahan untuk motosikal mereka.
Mengenai Yamaha Y15ZR SE
Enjin Yamaha Y15ZR SE dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair, SOHC, 150cc dengan kuasa
maksimum 11.3 kW pada 8,500 rpm serta tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.



Leave a comment