Deruman enjin motosikal superbike menggegar Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada tanggal 31 Ogos yang lalu.  Mannol Braaap 2 Hours Endurance yang dianjurkan oleh BRAAAP MOTORSPORT berlangsung selama 2 jam yang disertai oleh 2 pelumba untuk setiap pasukan.  Strategi pasukan menjadi taktikal penting bagi  memastikan pasukan bukan sahaja menjadi yang terpantas, malah berjaya menghabiskan perlumbaan yang berlangsung selama 120 minit. 

Perlumbaan dimulakan dengan para pertama dari setiap pasukan beratur di seberang litar, dan motor di pit wall bersama 1 kru.  Setelah siren dibunyikan, pelumba berlari mendapatkan motosikal masing-masing dan memulakan perlumbaan yang panjang dan mencabar. 

Para pelumba sesebuah pasukan perlu mempunyai keserasian yang tinggi kerana mereka perlu berkongsi setup pada motosikal yang sama.   Di sinilah strategi pasukan teruji apabila perlu menetapkan had penggunaan petrol dan tayar bagi setiap pelumba.  Jika terlalu laju, pasukan perlu mengisi minyak dengan lebih kerap dan berhenti di pit lebih lama untuk menukar tayar.  Namun jika terlalu berjimat minyak dan tayar, pastinya catatan masa lebih perlahan.  

Setelah mengharung 120 minit perlumbaan yang mencabar, semua pasukan yang berjaya menghabiskan perlumbaan diraikan di podium dengan hadiah pingat sebagai bukti berjaya mengharungi perlumbaan sukar selama 2 jam ini.  Pasukan dengan jumlah pusingan yang terbanyak dinobatkan sebagai pemenang perlumbaan endurance.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menyertai perlumbaan ini sama ada berjaya menghabiskan perlumbaan ataupun tidak, kalian sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi.  Pujian juga harus diberikan kepada pihak penganjur, BRAAAP MOTORSPORT dan PSIC kerana berjaya melaksanakan program ini dengan tahap kualiti penganjuran yang sangat baik.  Keselamatan para kru dan pelumba diberi keutamaan, ruang pit yang selesa dan khas hanya untuk pasukan yang terlibat sahaja.  Manakala penonton yang hadir diberi ruang legar yang sangat selesa berhawa dingin di Media Centre, dengan akses ke atas bumbung paddock untuk menonton perlumbaan dan menyaksikan aksi pertukaran pelumba di bahagian pit. 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger