Insurans Kenderaan

TUNTUTAN INSURANS KENDERAAN

            Apa itu tuntutan insurans? Tuntutan insurans merupakan satu permintaan rasmi kepada syarikat insurans untuk membayar sejumlah wang berdasarkan insurans polisi sebagai ganti rugi terhadap apa-apa yang berlaku pada kenderaan anda seperti kemalangan atau kehilangan.

            Terdapat banyak syarikat insurans seperti yang kita ketahui, contohnya Kurnia Insurans, MAA Assurance, Pacific & Orient, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Great Eastern, Berjaya dan lain-lain lagi yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan kita tahu kenderaan yang kita miliki diinsuranskan oleh siapa tetapi adakah kita tahu bagaimana untuk membuat tuntutan insurans apabila kejadian yang tidak diingini berlaku? Dalam artikel ini akan diceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita membuat tuntutan kepada syarikat insurans dan bagaimana untuk tuntutan kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah kelak. Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sebagai “Claim Officer” di salah sebuah syarikat kredit di Malaysia.

1- TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN

            Ramai dikalangan rakyat negara ini menghadapi masalah kehilangan motorsikal mahupun kereta. Setiap hari boleh dikatakan pasti ada berlaku kes kecurian kenderaan. Bagaimana atau dimana kes kecurian sering berlaku tidak penting tetapi apabila ia berlaku pada kita,apa yang kita perlu buat? Kebanyakan orang yang datang pada saya tidak tahu bagaimana prosedur untuk membuat tuntutan insurans sedangkan amat penting untuk tahu kerana bayaran ganti rugi yang di bayar sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban bayaran baki hutang (jika kenderaan masih mempunyai hutang).

            Perkara pertama yang perlu dilakukan jika berlaku kehilangan adalah melaporkan pada pihak polis.Perkara penting yang saya ingin tekankan di sini adalah sesiapa yang melaporkan itu mesti mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas kenderaan yang terlibat. Apa rasionalnya orang yang melaporkan mesti ada lesen yang sah? Ini kerana orang yang melaporkan itu akan di anggap sebagai pemandu. Seseorang yang memandu tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang dan ini menjadi alasan kukuh bagi pihak insurans untuk menolak tuntutan anda.

            Perkara kedua selepas melaporkan pada pihak polis adalah dapatkan salinan pendaftaran kenderaan atau geran serta salinan polisi insurans atau “insurance cover note” dari syarikat kredit anda atau kedai motosikal (jika anda tidak menyimpan salinan).

            Selepas itu, anda harus melaporkan pada pihak insurans pula. Anda perlu dapatkan borang tuntutan atau “claim form” dari syarikat insurans. Borang itu hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pemilik DAN pelapor. Selesai mengisi borang, serah semula kepada pegawai bertugas dan dengan itu selesai peringkat pertama dalam urusan tuntutan insurans anda.

            Pada peringkat kedua, adjuster dari pihak insurans akan menghubungi anda untuk sedikit temuduga untuk dapatkan testimoni lisan selain testimoni bertulis (repot polis). Selesai sesi temuduga, pihak insurans akan menyediakan surat tawaran (jika tuntutan lulus) atau surat pemberitahuan (jika tuntutan gagal) dalam masa 4-6 bulan. Sebaik anda menerima surat tawaran, itu bermakna syarikat insurans bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi. Anda harus lengkapkan surat tawaran itu dengan dokumen-dokumen yang diminta. Antara dokumen yang diminta ialah:

  1. i.      Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
  2. ii.    Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
  3. iii.   Borang JPJ K3 (2 keping)
  4. iv.   Borang JPJ K8 (1 keping)
  5. v.    Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)
  6. vi.   Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)
  7. vii.  Kad Pendaftaran Kenderaan Asal

**Borang-borang JPJ boleh didapati di mana-mana cawangan JPJ seluruh negara

            Selesainya proses tuntutan insurans adalah apabila anda menerima bayaran daripada pihak insurans. Jika kenderaan anda masih di bawah perjanjian pinjaman, anda harus merujuk kepada syarikat pinjaman untuk sebarang maklumat lanjut.

2- TUNTUTAN KEMALANGAN PERSENDIRIAN

            Kes-kes kematian akibat kemalangan jalan raya amat tinggi jika dilihat pada statistik. Apa yang harus dibuat jika anda menghadapi masalah ini? Tidak dinafikan tuntutan insurans untuk kes kematian akibat kemalangan juga tidak kurang banyaknya jika dibandingkan dengan kes kehilangan. Tuntutan untuk kes kematian lebih rumit berbanding kes kehilangan jadi disini saya terangkan serba sedikit bagaimana dan apa yang harus dibuat jika menghadapi situasi ini.

            Seperti juga kes kehilangan, kes kematian juga perlu untuk dilaporkan pada pihak polis. Proses tuntutan insurans juga lebih kurang sama seperti kes kehilangan tetapi dokumen-dokumen yang diperlukan lebih banyak. Diantara dokumen-dokumen yang diperlukan selain dari dokumen untuk tuntutan kehilangan adalah :

  1. Sijil Kematian
  2. Permit Penguburan
  3. Laporan Bedah Siasat (jika tidak dibedah,harus kemukakan surat pengesahan dari doktor yang berkenaan)
  4. Salinan I/C dan Lesen si mati

Disini saya ingin nyatakan sekali antara sebab-sebab tuntutan anda ditolak oleh pihak insurans:

  1. Tiada lesen memandu / lesen tamat tempoh
  2. Cukai jalan / insurans tamat tempoh
  3. Kelewatan membuat tuntutan (tempoh untuk membuat tuntutan adalah 14 hari dari tarikh kejadian)

            Apa anda perlu buat jika tuntutan anda ditolak? Bagi sebab (i dan iii), masih diberi kelonggaran oleh pihak insurans tetapi untuk sebab (ii), tiada kompromi.

Cara-cara untuk mendapatkan semula tuntutan yang ditolak,anda hanya perlu membuat rayuan kepada pihak insurans dengan menulis surat rasmi menyatakan sebab sahaja. Jika masih ditolak, anda masih mempunyai peluang dengan berjumpa Biro Perantara Kewangan (Financial Mediation Bureau,FMB). Badan ini akan menjadi perunding bagi pihak anda dengan pihak insurans. Apabila membuat rayuan, proses akan bermula dari awal semula iaitu dari penyiasatan oleh pihak insurans.

            Bagaimana untuk mempercepatkan proses tuntutan adalah sebaiknya jika anda berurusan secara terus dengan pihak insurans (HQ) atau cawangan. Dengan cara ini, proses tuntutan akan terus diproses berbanding jika anda membuat tuntutan melalui kedai motorsikal atau ejen insurans. Anda boleh meminta balai polis tempat anda buat laporan untuk menyediakan surat tutup kes dan bawa surat itu kepada pihak insurans. Ini akan mempercepatkan proses tuntutan lebih kurang sebulan lebih awal memandangkan pihak polis akan tutup kes dan hantar laporan kepada insurans dalam masa lebih kurang sebulan.

            Banyak lagi yang saya ingin ceitakan mengenai tuntutan insurans memandangkan ramai lagi di luar sana yang kurang pengetahuan mengenai prosedur tuntutan insurans. Mengikut pengalaman saya, ramai penuggang motorsikal di luar sana yang tiada lesen memandu dan apabila terjadi kehilangan atau kemalangan, tuntutan mereka ditolak oleh pihak insurans. Amat merugikan jika anda mempunyai motorsikal atau kenderaan lain yang diinsuranskan tetapi ditolak apabila hendak membuat tuntutan. Bagi yang terlibat dengan kemalangan jiwa,lebih merugikan kerana ianya umpama “mati katak” jika tak dapat membuat tuntutan insurans. Jujur saya cakap, banyak tuntutan yang saya terima ditolak oleh pihak insurans kerana sebab tertentu terutamanya tiada lesen memandu dan lewat membuat tuntutan, ini kerana saya tahu mereka itu tidak mendapat pendedahan secukupnya mengenai hal ini.

            Diharap dengan artikel ini dapat membuka minda dan mata para pembaca mengenai isu yang sirius ini. Kadang kala saya kasihan dengan mereka yang tidak dapat membuat tuntutan insurans sedangkan mereka membayar premium insurans setiap tahun dan bagi yang terlibat kemalangan jiwa, lebih kasihan kerana “nasi sudah menjadi bubur“, “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya“.

Disediakan Oleh: Yamada

60 Comments

  1. salam..sy ingin bertanya..macamana klu motorsikal ingin claim insuran kereta yang melanggar saya (3rd party claim)?

  2. saya ingin bertanya tentang kelewatan kemalangan yang berlaku dan claim ins saya lambat. saya baru pertama kali berlaku kemalangan. saya ingatkan bengkel yang selesaikan semua dengan cepat. kereta saya sudah 2 bulan di bengkel dan satu benda pun belum selesai lagi. walaupun saya tidak salah haruskah saya claim ins kereta saya sendiri ?

      1. Kes saya yang nombor 3. Kelewatan membuat tuntutan. Isteri saya kemalangan dan motor hilang dari tempat kejadian pada keesokannya. Saya cari merata2 balai dan bengkel dan tidak jumpa. Sy lewat membuat tuntutan selama 4 hri kerana kurang maklumat.1) adakah saya, pemilik yang harus membuat report kehilangan @ 2) isteri yang memandu ketika itu. Oleh sebab itu insurans sy ditolak. Selepas merujuk OFS, mereka meminta surat tunjuk sebab kenapa saya tidak melaporkan pada hari kejadian. Apa perlu sy jawab bagi memberi pencerahan sewajarnya?

  3. 1. berapa lama tempoh untuk buat tuntutan.
    2. jika terlewat buat tuntutan? masih boleh buat tuntutan lagi ke? bagaimana caranya?

    1. Seeloknya selepas laporan polis dibuat.. atau dalam tempoh seminggu waktu bekerja.. elakkan membuat tuntutan lewat.. boleh menyukarkan proses atau terus tidak layak menerima tuntutan.. Rujuk pihak insurans yang digunakan untuk maklumat lanjut mengikut polisi mereka..

  4. Salam, saye bru 1st time claim insuran..moto ilang n report salah mklumat mnyebabkn saye diminta untuk tarik balik claim atas sebab pihak insuran boleh dakwa saye bersalah sebab memalsukan report..pdhal yg bukan saye yg bersalah..perlu ke saye tarik balik claim untuk mgelakkn didakwe dan di black list?mohon jawapan

  5. salam saya nak tanya, motor saya parking kat bawah rumah kena langgar kereta terbabas
    sudah repot polis sama yg langgar tuan punya kereta lepastu dia cakap kliem insuran kereta dia ,janji 1 jam pergi balai trapik jl bandar tapi call tak dapat saya pula lupa ambik no ic dan alamat , pasalnya kalang kabut tengah sakit kepala ,apa yang perlu saya buat mohon jawaban .terima kasih sebelumnya

    1. salam, dalam hal ini.. sekira tiada bukti yang dapat menunjukkan berlakunya perlanggaran antara 2 pihak.. jadi sukar untuk membuat laporan tersebut. Dinasihati untuk membuat laporan bahawa jentera itu terlibat dalam kemalanagn sendiri supaya tuntutan insuran boleh dilakukan. Namun begitu, adalah dinasihati agar tiada penipuan berlaku kerana ia boleh menyebabkan kes tuntutan palsu berlaku seterusnya menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak tuan/puan

  6. Salam..

    Saya terbaca tentang perlunya lesen memandu. Jika motor saya hilang parking bawah rumah (rumah flat) ketika bukan sewaktu pemanduan atau diparkir di tempat lain selain rumah saya. Masalahnya, saya tiada lesen memandu B2 hanya D. Adakah kemungkinan 100% tuntutan saya akan ditolak? Kerana kawasan perumahan saya skrg semakin tidak selamat gara-gara minggu lepas, 3 biji motosikal hilang sekaligus. Ini membimbangkan saya sekiranya saya adalah mangsa seterusnya. Bagaimana anda dpt membantu menjelaskan perkara ini? Terima kasih..

    1. Untuk kes moto hilang.. tiada kene mengena dengan lesen, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga. Kami sarankan dapatkanlah lesen untuk motosikal tidak kira sama ada L sekalipun.

  7. Assalam. Kereta saya terbabit dalam kemalangan, tetapi pemandu tiada lesen. Saya ada lesen, kereta ada insurans dan roadtax. Boleh kah saya claim insurans sekiranya pemandu (tiada lesen) yang membuat report? T.kasih

  8. assalamualaikum.. januari lepas saya terlibat dalam kemalangan.. kedua2 kereta terlibat tak kene saman.. RTI je… tow truck plak mmg dah standby ntah dri mane n bawak gi bengkel yg insurans saya amik terima… then saya isi borang claim dr syarikat insurans yg saya amik.. tp saya tak melalui peringkat kedua seperti yg tuan admin sebut di atas.. xde surat tawaran n xtaw pon bile adjuster check… tup2 x smpai seminggu kereta dh repair n total cost about RM4000++ n kene bayar sendiri around RM2808..(padahal kemek pintu depan sikit je n tayar pecah.. yg bg mahal tu betterment cost)…

    so persoalannya, peringkat kedua tu hanya dilalui oleh org yg hilang kereta je ke, or termasuk ngan yg accident skali? sbb kalau taw cost total banyak, saya tak akan setuju claim insurans.. masalahnya diorg terus repair tanpa bagitaw total cost yg adjuster wat.. and adjuster/pihak insurans/bengkel x pnah maklum ape2 pon.. tbe2 dh siap sume tggal bayar lg tmbah… baik repair sendiri kompem leh dpt lg murah…

    1. Kes serupa dengan saya..kereta eksiden bln 2 sehingga hari ini belum di baiki..pelik cost betermen dtg mcmana kurang faham..

  9. parking motor di hadapan kedai, bila nampak lori mengundur dan langgar motor saya bila saya bising lalu lorinya lari.saya buat laporan polia,nak dpt laporan dah sebulan lebih.bila pergi kekedai motor kata bosnya hantar ke jln kalang lama saya beli motor di shah alam sec.25.kerosakan nya kaver motor hadapan rosak dan tanggal motor lagenda baru. dorongkan saya langkah2 seterusnya klim insurens,tk.

  10. Salam. Tumpang tanya, kalau kereta accident hantar ke bengkel bukan panel, adakah saya kena bayar sendiri atau insurans cover. Pemilik bengkel janji xpayah bayar apa2, tapi kereta tak siap dah lebih sebulan dan saya baru tau bengkel tersebut bukan panel. Kereta rosak pintu je dua2 dan diganti pintu baru.

  11. SALAM, saya nk tanya sikit.. saya bekerja sbg kelindan lori, 7bulan lepas lori yg sy naiki terbabas ke dlam parit akibatnya sy mgalami kecederaan parah pd tangan, saya tak ada insurans peribadi.. adakah sy bleh menuntut apa2 insurans di atas kenderaan yg sy naiki itu tp kes ni berlaku 7bulan lepas?

  12. SALAM, saya nk tanya sikit.. saya bekerja sbg kelindan lori, 7bulan lepas lori yg sy naiki terbabas ke dlam parit akibatnya sy mgalami kecederaan parah pd tangan, saya tak ada insurans peribadi.. adakah sy bleh menuntut apa2 insurans di atas kenderaan yg sy naiki itu tp kes ni berlaku 7bulan lepas? Saya dah cuba majikan tmpat kerja, dia cakap sya xboleh tuntut ape2 insurans sebab sya dh dilindungi SOCSO..

  13. Salam tuan admin, sy ingin brtanya. apr13 lalu sy mnunggang motorsikal cc 150 tahun 98 lalu kmalangan blk keje mlanggar honda sivik yg keluar simpang melulu. dia brsalah & telah disaman polis. insurance sy 3rd party ,& sy claim ins kereta tu. sekarang stelah dua bulan, sy pergi ke workshop tp motor masih belum dibaiki. workshop call minggu ni minta sy rm3k ntuk keluarkn dlu motor sy. dia kate dia submit. claim form ins lebih rm5k, tp rasenye pihak ins belum luluskan lg. patutkh sy mmbayar saje bengkel tu dulu? add info, sy juga melantik agent ntuk tuntut kecederaan luar & bill hospital. harap tuan dpt beri pencerahan.

  14. Salam..Saya Xcident pada 04/042013 tertanggar guard rell belah kanan dan belah depan terlanggar pokok kecil.kereta saya masih bergerak memandangkan gear saya di dalam mode D dan akibat momentem langgaran.pendek cerita bengkel call cakp blh test drive kete.saya test n tekal pedal tiba2 ada bunyi kt enjin.bengkel wat claim semula katanya gerarbox saya rosak.panggil adjuster n dimaklumkan bahawa insurans myb xtanggung gear box tersebut. alasannya sebab saya towing sendiri ke rumah saya dan boleh effect gear box ( anggaran dalam 5 kilo dari tmpat kejadian). saya mmg xpuas hatila pasal xpasal2 saya plak yang nak menanggung kos rm12k lebih.kete saya exora bold.

  15. salam.nak tnya.minggu lepas kereta saya dilnggar dibahagian belakang,saya buat report,tp owner kereta yang mlnggar saya tak buat report.mcm mana saya nak claim atas insuran dia..apa perlu saya buat

  16. salam nak tny..kereta saya hilang semasa kejadian pecah rumah. perompak tersebut telah membawa lari beberapa barangan dan juga kereta saya.
    kunci kereta saya letakkan didalam rumah semasa kejadian tersebut. adakah faktor ini disebabkan oleh kelalaian saya meninggalkan kunci kereta dirumah? adakah saya layak untuk claim insurans? mohon bantuan..

  17. Salam..sy ingin bertanya apakah insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya kereta hilang di tempat ‘open parking’. parking yang tiada penjaga. sekian.t/kasih

  18. Saya ingin bertanya bagaimana cara untuk membuat tuntutan Total Lost dan apakah jenis borang yg perlu diambil dan di isi dari JPJ utk dihantar kpd pihak insurans?
    terima kasih.

  19. saya ingin bertanya..jika saya tidak menbuat claim macam mana dengan bayaran saya selama ini…semua itu dikira macam mana?? dan ada atau tidak pembayaran balik jumlah yg saya telah byar jika saya tidak lakukan claim?

  20. salam saya nak bertanya, motor yang saya beli telah dicuri..masa kecurian tu adik saya pakai motor tu di tempat kerje..saya ada di sarawak tp adik saya pakai motor tu di semnnjung..macam mana nak claim insuran..dpt ke tak claim kalau macam tu?

  21. Salam.. sy beli kereta atas name sy, utk tujuan byr bulan2.. tp diguna oleh bini sy.. bru2 nie eksiden report polis da bt.. tp bile time claim sgkut.. bini ade lesen, sy xde(tuh pasal xbwk kete bg bini je). skunk nie prob dye mntk plak lesen owner.. mslh time eksiden bini sy yg bawa.. sy bekerja.. camne nak settlekn claim insurans tuh?

  22. salam….macam mana nak tahu kenderaan kita 1st @ 3rd party kalau salinan insurans tak dijumpai?

  23. salam mau tanya saya punya motor kena langgar kereta paking bawah rumah klim insuran dapat surat total lose, tapi pihak kedai minta upah RM 300 buat urus surat jpj,mahkamah dan lain lain yang saya tak paham, tapi tiap 1 minggu telp insuran suruh tunggu saja sampai10 bulan uang tak dapat, saya tak puas hati ,saya pakai loye,tak sampai 2 hari insuran panggil saya angkat cek tapi sekarang pihak kedai cari saya ,suruh ikut ke jpj untuk proses tukar nama yg saya nak tanya apa betul prosedur nya memang begitu , motor sudah total lose ,lagipun saya tak ada jual tapi di suruh ke jpj tukar nama,kalau tak tukar, nanti kalau ada saman saya punya nama , mohon penjelasan terima kasih sebelumnya

  24. admin sy ada msalah tentng insurans..
    sy kehilngn motor pada tahun 2011 n sy sudah bg dokumen untuk claim pda wakil insurans kedai tersebut…
    setelah hampir 3 bulan tidak dpt sbrng info. sy prg brtanya dan wakil kedai ckp dalam proses..
    dan sy tgu shngga 1 tahun.dan sepanjang 1 tahun tu sy prg brjmpa sbnyak 6 kali tp msh dlm proses.. dan untuk kali k7nya sy brjmpa dgn dia sy diberitahu bahawa dokumen sy telah hilang sy telah brjmpa pihak yg brtnggjwab krna sy dah tidak boleh claim sbb tmpoh insuran sy sudah abis..dan sy mmnta gnti rugi dri tuan kedai malangnya tidak dilyan ..apa harus sy lakukan..sy dah bnyak rugi…

  25. LOH&ASSOCATION
    PEGUAMBELA&PEGUAMCARA
    URUSKAN TUNTUTAN KEMALANGAN
    KECEDERAAN ANGGOTA BADAN
    PATAH/RETAK/LUKA PARAH
    DILANGGAR/MELANGGAR+CEDERA
    KETERANGAN CALL/SMS SAYA FATTUL
    0193003434 24JAM DIMANA SAHAJA.

  26. Salam, saya terlibat dalam satu kemalangan 2 hari lepas. Masalah saya ialah masa saya report polis tu baru perasan lesen saya dah mati 7 hari. Tapi polis tak kenakan saman atas kesalahan tiada lesen, cuma saman disebabkan kecuaian. Macam kes saya ni, kalau claim insurans kereta, agak2 nya lepas atau tidak? Kalau tak lepas, apa yang harus saya buat? Nak bayar baiki sendiri memang tak mampu…

  27. Hello , I nak tanya . Semalam , I buat test drive IRIZ . I bersama dengan salesman di dalam kereta tersebut . Test drive ni 100% memang salah salesman tersebut . Disebabkan dia , kereta IRIZ kemalangan sedikit tanpa kecederaan tetapi kereta mengalami kerosakkan . Dan , PROTON tersebut ingin claim di atas kerosakan tersebut kerana kesalahan salesman itu . Jadi , I buat report polis semalam . I pun new licence . Ada apa apa terjadi kepada lesen I tak ? tetapi , I tanya PROTON , mereka jawab tak ada apa apa just untuk internal claim . Betul ke?

  28. salam, kalau kehilangan kenderaan seperti motorsikal, bolehkah saya mendapatkannya semula melalui pihak insurans dan pekedai?

  29. Asalam.. Saya nak tanye kalau buat report Polis kete saya di bawa lari oleh suami saya. Agaknye insurance nak cover tak.

  30. saya nak bertanya.. pasal motosikal saya yang hilang…kalau kita nak buat tuntutan dah 7 bulan dari tarikh kejadian tu tak boleh ke?? dan third party boleh buat tuntutan tak??

  31. Salam..terima kasih kerana menyediakn info yang berguna..Saya baru kehilangan moto yg dibeli atas nama isteri saya dan diinsurankan atas kelas ALL-RIDER,tetapi moto itu atas kegunaan saya bekerja. Saya yang membuat laporan polis. Saya ingin bertanya, saya dan isteri tidak ade lesen B full atau L. Adakah pihak insurans boleh membatalkan tuntutan ganti rugi saya?

  32. Setelah kenderaan tidak digunakan lagi seperti rosak dan tidak boleh diguna pakai atau tersadai adakah insuran yg di bayar selama ini dapat balik atau tidak ? Jika tidak kemana duit tu di salurkan ?

  33. kalau kita masih pemegang lesen p,memang kena caj ke bila nak claim insurans..sedangkan claim ke atas pihak ketiga 😢

  34. aassalamualaikum.. nak tanya, kalau moto yang hilang dijumpai lepas insuran dah cover macam mana ye

  35. Saya nk tnye cket..sye terlibat dgn eksiden & kete total lost..urusan claim sume dh settle antara insurance dgn bank..soalannye, sye xdpt ape2 surat drp pihak bank yg mngatakan sya dh xde hutang loan kete ngn bank (sbb insurance dh cover sume). Sye ade call bank tnye & die mnta sye email kpd die utk apply surat discharge..then nti bru die bg surat yg mngatakan hutang sye dh settle..
    Ekceli surat tu nme ape..?letter of settlement ke..?sbb ble google, mcm2 jns surat discharge dri bank jmpe…jadi konpius…hrp u dpt membantu..:)

  36. Saya ada masalah berkaitan claim insurans di sebabkan kemalangan kereta yang dipandu oleh bukan pemilik..pihak insurans telah mendapatkan bengkel untuk membaiki kereta tersebut,namun dalam tempoh 8 bulan kereta masih belum dibaiki dan pihak bengkel menyatakan tidak dapat membaiki kereta tersebut kerana faktor kompenen part sukar di perolehi..

  37. Selamat sejatera saya mengalami kemalangan motorsikal pada bulan 5 2016 dan mengalami kecederaan patah tulang peha kanan. Tetapi motorsikal sudah di hantar bengkel pada awal bulan 6 2016 dan sudah siap dibaiki ( Duit sendiri ) . Saya sihat sepenuhnya pada hujung tahun 2016. Boleh ka saya membuat tuntutan insuran ke atas motorsikal? pemilik Motorsikal adik saya.. Adakah tidak diterima sebab lewat..??

  38. Tahun lps sy terlibat dlm kemalangan. Penunggang motor terjatuh dijln raya dan saya tidak sempat berhenti dan telah terlanggar beliau. Penunggang meninggal dunia. Tahun ini keluarga dia saman sy. Kes telah di bawa ke mahkamah. Pihak insuran telah mewakilkan peguam. Arwah tiada lesen memandu. Jika dia tiada lesen adakah saman masih diteruskan atau bagaimana

  39. Sy nk minta bantuan utk claims insurance kereta baru 6 bln….insurance baru dan anak yg bawa tanpa izin sewaktu saya g umrah…..dan anak hanya ada lesen L dan bawa kawan balik skola……kereta total loss…..tokio marine decline claims….

  40. Asmkm.. sy ada masalah tuntutan kereta ditolak. Kereta dipandu oleh anak saya yg ada lesen L sahaja.semasa kejadian sy berada di mekah, bila balik saya buat report ikut kejadian yg sebenarnya berlaku. Kereta sy baru guna dlm 6 bulan. Skrg sy kena tanggung ansuran kereta rm1.5k. Skrg dlm proses rayuan melalui obbusmen.

  41. Pada bulan 26 January 2018, saya terlibat dalam kemalangan, kereta di langgar dari belakang. Saya telah hantar kereta ke Honda bermula dari 27 January 2018 dan kereta siap di baiki pada 17 Mac 2018 ( dalam bengkel Honda selama 49 hari). Menurut Pihak Honda, saya boleh tuntut kos allowance selama 32 hari ( tolak hari Sabtu dan hari Ahad)mana kereta di dalam bengkel dari pihak insurance yang melanggar saya. Soalannya disini :-

    1) Saya terima “DISCHARGE VOUCHER” dari pihak insurance yang mana hanya mahu bayar kepada saya sebanyak 10 hari SAHAJA (Honda tuntutkan hanya 12 hari sahaja). Jadi saya telah menghubungi pihak Honda kenapa buatkan tuntutan selama 12 hari sahaja sedangkan kereta saya tersadai selama 32 hari di bengkelnya. Pihak Honda telah mengaku tersalah claimkan selama 12 hari sahaja dan berjanji akan reclaim semula sebanyak 32 hari .

    2) Pihak Honda telah reclaim kereta saya untuk kali kedua sebanyak 32 hari ( pada masa yang sama Honda menasihatkan saya jgn sign DISCHARGE VOUCHER” terdahulu itu sehinggalah saya berpuas hati dengan tawaran mereka.

    3) Sekali lagi saya hubungi pihak insurance yang mana mereka kata mereka telah terima reclaim 32 hari tu dan pihak insurance hanya boleh meluluskan tuntutan saya itu selama 10 hari sahaja. Saya cuba berbincang lagi dengan pihak insurance, kata putus mereka, mereka hanya boleh tambahkan lagi kepada 15 hari maximum dan kadar maximum ini telah tertakluk dalam syarat persatuan.

    Jadi, adakah patut saya terima sahaja tawaran atau macamana?

    1. Cuba lakukan rundingan dan bawa pada pihak berwajib.. Mereka akan berikan tekanan pada rundingan.

      Kami tak dapat berikan apa-apa input lebih berkesan buat kes ni.

      Kami harapkan yang terbaik buat anda.

      Terima kasih dan semoga dipermudahkan.

Leave a Reply to NADIRAH Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s