Kenali Tayar Anda

Tayar Sport/Performance
Tayar ini memberikan cengkaman yang menakjubkan tetapi ia hanya boleh bertahan selama 1,000 batu (1,600 km) atau kurang. Tayar jenis Cruiser dan Sport Touring mempunyai keserasian antara cengkaman dan ketahanan yang terbaik. Terdapat juga jenis tayar yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan. Tayar ini menawarkan tahap tertinggi dari segi sudut cengkaman ketika di selekoh, kerana pada kebiasaan nya tayar ini hanya “sedap” dan befungsi dengan baik pada suhu yang tinggi, penggunaan pada jalan raya adalah tidak selamat kerana tayar jenis ini biasanya jika tidak mencapai suhu optimum sebelum penunggang tiba di destinasi akan menyebabkan hampir tiada cengkaman pada permukaan jalan raya sepanjang perjalanan. Dalam situasi perlumbaan, tayar perlumbaan biasanya akan dipanaskan sehingga mencapai suhu yang terbaik untuk tayar tersebut dengan menggunakan alat pemanas tayar.

Sport Touring
Tayar ini amnya tidak digunakan untuk melayan selekoh, tetapi ia digunakan untuk perjalan yang jauh iaitu di jalan yang lurus dan panjang.

Tayar Sport Street
Tayar jenis ini biasa digunakan untuk perlumbaan jalanan yang agrresif, dimana ia menghabiskan kebanyakan masa untuk melayan selekoh atas jalan raya awam seperti jalan selekoh ke Genting Highland dan Cameron Highland yang mengasyikan. Namun tayar jenis ini tidak mampu tahan lama, tetapi kebaikkan nya pula ia mempunyai daya tarikan yang lebih baik ketika selekoh pada kelajuan tinggi. Tayar Street dan Sport Street ini mempunyai cengkaman yang baik untuk cuaca sejuk tetapi apabila dihangatkan terlalu banyak, sebenarnya ia boleh kehilangan daya cengkaman ketika kenaikkan suhu dalaman tayar melampau,namun ada juga tayar ini yang sesuai digunakan untuk suhu panas seperti di Malaysia.

Tayar Track atau Tayar Slick
Tayar ini biasa digunakan ketika hari track atau perlumbaan seperti event Aprila di Sepang didalam entry sebelum ini. Tayar ini mungkin mempunyai lebih banyak bentuk profil sedikit hamper seperti segi tiga, yang seterusnya memberikan sentuhan patch yang lebih besar apabila tiba di selekoh,tayar jenis ini tidak disyorkan untuk berada di jalan raya oleh pengilang, dan ia diketahui mempunyai ketahanan yang lebih singkat apabila berada di jalan raya. Disebabkan bentuk segitiga tayar ini, ia akan menjadikan kelebihan apabila di selekoh namun menjadi kurang cengkaman di pusat,ini menyebabkan tayar jenis ini menjadi rata lebih cepat atau hilang bunga apabila digunakan di jalan raya untuk jangka masa yang panjang dan apabila bunga pada tayar hilang lalu mereka akan kehilangan hampir semua cengkaman dalam jalan raya yang basah. Tayar Slicks pula  dibuat dari sebatian getah yang lembut dan ia tidak menyediakan daya cengkaman yang banyak seperti tayar jalan yang biasa sehingga ia dihangatkan pada suhu dalaman yang lebih tinggi daripada tayar jalan biasa. Kebanyakan penungang jalan raya tidak akan meletakkan jumlah yang mencukupi pada geseran tayar untuk mengekalkan suhu optimum agar tayar tidak licin, terutamanya di negara-negara sejuk dan pada musim bunga.

 

Tayar  Off Road
Tayar ini mempunyai bentuk seperti bunga berbonjol-bonjol,dan ia digunakan untuk memberi cengkaman maksimum pada keadaan berlumpur, pasir, atau batu kelikir, tayar ini cenderung menjadi kurang stabil pada permukaan berturap.

Tayar Touring
Biasanya tayar jenis ini diperbuat daripada getah keras untuk ketahanan yang lebih banyak. Ia mungkin akan bertahan lebih lama, tetapi tayar ini cenderung untuk memberikan cengkaman yang baik daripada tayar sport pada suhu operasi yang optimum. Tradeoff pada permukaan tayar touring biasanya menawarkan lebih cengkaman pada suhu yang lebih rendah, yang bermaksud mereka boleh atau lebih sesuai untuk menunggang dalam keadaan panas,sejuk atau musim sejuk manakala tayar sukan nya tidak boleh mencapai suhu operasi yang optimum.

Langkah Seterusnya??
Langkah seterusnya selepas membuat pilhan tayar yang di ingini ,anda perlu lah melihat mengikut kegunaan pada motor,kita harus memilih size yang sesuai mengikut rim motor kita, supaya tidak membuatkan kenderaan kita menjadi berat apabila memilih tayar yang tidak sesuai, contoh nya jika rim tayar kita

1- Rim 2.15 lebar size tayar yang sesuai adalah bersize 90-100 sahaja
2- Rim 2.50 lebar size tayar yang sesuai adalah bersize 100-120 sahaja

Apakah yang perlu kita tahu?
Didalam memilih tayar anda juga perlu tahu tarikh tayar tersebut dikeluarkan,kerana tayar yang dikeluarkan serta disimpan dengan rapi  boleh bertahan dalam masa 4tahun tetapi jika ia tidak dijaga elok dengan mendedahkan tayar kepada sinaran matahari tayar tersebut hanya mampu bertahan dalam jangka masa 1tahun sahaja, dan kepada sesiapa yang biasa membeli tayar secondhand perkara utama anda hendak lah melihat pada tahun keluaran kemudian bibir tayar tersebut dan periksa jika ada kebocoran itu amat penting serta kenal pasti tayar toreh atau tidak,ini tidak bermaksud tayar toreh tidak boleh digunakan langsung,boleh digunakan tetapi untuk tidak dalam jangka masa yang lama akibatnya akan menyusahkan pelabagai pihak:-

Sila rujuk gambar rajah tersebut untuk menentukan tahun dan jenis tayar anda

credit- http://firestartingautomobil.blogspot.com

9 Comments

  1. tayar touring masih boleh ambik selekoh tanpa membuang ke?
    corsa123 termasuk dlm tayar touring ke?

  2. tayar touring boleh mengambil selekoh tanpa membuang..bergantung pada jenis bunga nya..seperti saya pakai sekarang adala bt-021 sport touring…sesuai untuk touring dan juga mengembil selekoh tanpa membuang..

    tayar corsa123 atau corsa s33 adalah tayar Dual Compound tepi soft tengah medium..sesuai untuk touring tetapi boleh ambik selekoh..tetepi bukan yg extreme nye..bagus dalam keadaan kering die grip, keadaan basah die jadi xgrip..

    saya pernah try swallow samurai pada 135lc saya,bagus bunga tahan..boleh buat touring dan mengambil selekoh tanpa membuang,grip dalam keadaan basah atau kering,saya pasang pada akhir bulan bulan 2..sehingga kini bunga nya masih ada dan bertahan..

  3. Apa pula tayar yg sesuai tuk motor sy fz150i lebar rim 2.5dpn 4.0blkng.sy ulang alik kerja kuala kubu bharu setapak kl melalui jln btg kali ulu yam sg tua..

    1. ape2 brand tyr ok je..pastikan tyr tu jenis touring..klu suke lyn coner kt uluyam..pki tyr jenis sport touring..aku pernah pkai swallow samurai..die jenis sport touring..bunge pon thn lama..

  4. salam.. tayar Pirelli Sport Demon (untuk 250cc) termasuk dalam kategori Sport Street ke Sport performance? dari segi ketahanan dan mileage yg boleh dicapai pula macamana?

  5. Saye biasa ride jauh dan suka layan corner kadang suka buat sliding pada corner untuk membelok.apakah tayar yang boleh disuggest untuk saya pakai oada motor? Xtm200

Leave a comment