Modenas Ace 115 Launched

1 Mac 2012, bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya. Malaysian Riders telah menghadiri sebuah acara pelancaran oleh Pengeluar motosikal tempatan Modenas. Mereka telah melancarkan sebuah lagi motosikal dalam kelas Underbone untuk pasaran tempatan. Model yang dinamakan ACE 115 itu merupakan sebuah motosikal yang seratus peratus baru dan dibangunkan oleh tenaga jurutera tempatan dan kerjasama bersama oleh Kawasaki.

ACE 115 ini dikuasakan oleh enjin 120cc berteknologi Kawasaki dan turut dilengkapi dengan penyerap hentak tunggal (MONOSHOCK) bagi memberikan tunggangan yang selesa serta lebih responsif. Selain dari itu, ia turut dilengkapi dengan tangki minyak berukuran 5.3 liter yang mana ia dikatakan terbesar dalam kelasnya.

Dengan pengenalan model terbaru ini, Modenas yakin akan dapat memperbaiki penguasaan pasaran ke tahap 15 peratus, di akhir tahun kewangan 2012/13, dengan sasaran anggaran purata jualan keseluruhan sebanyak 7 ribu unit sebulan.

Harga yang ditawarkan untuk model ACE 115 ini bermula pada harga RM4,600 (tidak termasuk insurans). Turut diperkatakan adalah model GT128 oleh Modenas yang akan diperbaharui dan model GT ini juga akan diteruskan pembanggunannya dalam Modenas sebagai siri GT.

6 thoughts on “Modenas Ace 115 Launched

  1. Boleh tahan gak design modenas ace ni ye..
    Ade kalainan tersendiri yang modenas nak tunjukkan untuk model ni..
    Tapi satu persoalan aku…MAMPUKAH MODEL NI MENGGUGAT YAMAHA LC 135??

    1. kalau nk gugat yamaha LC tu rasanya awal2 modenas akan besarkan engine 130cc 128GT tu…ini 120cc aje dan takde pula spec atau detailing hi-end seperti LC atau nouvo LC. kena faham modenas tetap pengeluar motosikal rakyat..harga melebihi rm5-6k adalah agak mahal.. kena fikir juga limitation modenas dan pasarannya. kita tengoklah macam mana spec facelift utk 128GT…

      1. modenas mmg terbaik.jgn dneagr ape org kutuk.moto ape pn lbe kurang je.maintain elok, elok la.yamaha honda sym suzuki pn sama je.problem mcm2, tp org diam sbb branding dah kuat.mentaliti manusia mmg camtu.keep it up modenas.support produk tempatan.belilah barangan buatan malaysia.hahaha

  2. maintain elok, tahan lama la tak rosak.kereta pun macam tu.aku dengar baca paper dah lulus test 20 000km atas jalan, dan ujian dyaemometnr 300jam, minyak enjin ok.boleh angkut satu la.tarbaik

  3. ingat nak ambik jgk motor ni,memang berkenan.kegunaan utk jarak dekat je,pusing-pusing dalam bandar elak jem. color hijau , putih , & biru dalam pilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s