Pelancaran Ducati Streetfighter 848

Pada 19 haribulan 3 bertempat di bilik pameran Ducati TTDI, telah berlangsung sebuah majlis pelancaran motosikal model streetfighter terbaru oleh Ducati iaitu Streetfighter 848.

Ia dihadiri oleh jemputan-jemputan yang terdiri daripada tetamu-tetamu kehormat, pemilik-pemilik Ducati dan juga rakan-rakan media. Model ini sebenarnya sudah di pasaran luar terlebih dahulu dan kini ia secara rasmi telah berada dalam pasaran Malaysia.

Pihak Ducati Malaysia menjangkakan peningkatan dari segi penjualan motosikalnya pada suku pertama 2012 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan perubahan gaya pembelian oleh pasaran tempatan.

Model ini akan dipasarkan dengan angaran harga bermula dari RM99,333.00 dan ia sudahpun dimililki enam pembeli terawal sewaktu pelancaran ini berlangsung. Ia didatangkan dengan 3 versi warna pilihan iaitu Figther Yellow (Kuning), Dark Stealth (Hitam) dan sudah tentu warna tradisi Ducati,Merah.

Sedikit perubahan didalam Streetfighter 848 ialah pada tarikan reka bentuk nya yang  tidak terlalu menonjol  dan senang dikendalikan dan boleh dikatakan ia merupakan sesuatu yang baru daripada reka bentuk keluaran  sebelum ini , bukan itu sahaja perubahan dilakukan didalam enjin malah di bahagian luaran terdapat bebapa perubahan  seperti  bingkai (frame)  ,  geometri stereng, swingarm dan ergonomik,direka khusus untuk penungang dan peminat model ini, dengan perubahan tersebut ia menjadikan kedudukan lebih menegak sebanyak 20mm lebih tinggi.

Streetfighter adalah mesin ketiga dalam barisan masa hadapan Ducati dengan ketrampilan enjin lebih pendek ,  serta 11-degree valve overlap, disertakan tork tambahan liter. Dengan itu untuk memberi peluang kepada penungang yang kurang agresif untuk lebih yakin dan tidak ketingalan,  angkup brek (brake calipper) jenama Brembo , dimana Brembo mono-block sebelum pernah dipasang pada Streetfighter 1098 ia didapati terlalu agresif untuk kendalikan penunggang, pada versi sekarang masih mengekalkan  jenama Brembo tetapi ia direka khas untuk senang dikendalikan oleh penungang yang kurang agresif.

 Teruskan mengikuti perkembangan motosikal ini bersama kami untuk ulasan selanjutnya dan informasi-informasi yang lebih lengkap.

laporan oleh: Abdul Hafiz

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s