Cubprix: Round 1

Image credited to GLOBAL PR

Pusingan pertama untuk kejuaraan Cubprix di Stadium Kawan bermula Kelmarin pada 31 haribulan Mac dan diakhiri pada hari Ahad semalam yang mana menyaksikan perlumbaan yang cukup sengit apabila digambarkan oleh penonton-penonton yang hadir.

Perlumbaan utama CP130 menyaksikan Md Zaqhwan Zaidi menamatkan saingan di puncak podium. Beliau yang memulakan perlumbaan dari petak keempat berjaya menyaingi dan akhirnya menewaskan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Penunggang “Pachie Yuzy Honda Racing” itu menyatakan bahawa beliau tidak menyangka dapat memenangi pusingan pertama ini.

Image credited to Berita Harian (GAMBAR HIASAN)

Pelumba berusia 17 tahun itu juga disifatkan mendapat kemenangan ini apabila berjaya mengawal perasaan dan terus fokus ketika pelumba-pelumba lain di kelompok hadapan membuat kesilapan demi kesilapan. Namun begitu, pujian harus diberikan kepadanya atas kejayaan untuk punsingan pertama ini.

Nasib malang pula menimpa buat pelumba “Yamaha Maju Motor Racing” iaitu juara pusingan di Stadium Batu Kawan musim lepas apabila terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaannya seawal pusingan kedua. Dengan tamatnya pusingan pertama ini, kelompok 3 teratas diungguli oleh Md Zaqhwan Zaidi dengan 25 mata, diikuti oleh pelumba berpengalaman Azlan Shah Kamaruzaman dengan 20 mata dan Abdul Muhaimin Roslan dikedudukan ke tiga dengan 16 mata.

Pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada 13 dan 14 April di  Kuala Terengganu. Teruskan bersama kami dari Malaysian Riders untuk berita dan informasi lebih lanjut.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s