Hafiz Syahrin di Jerez

Permulaan baik Hafizh Syahrin dalam Kejuaraan Motosikal CEV Buckler

(Hafiz no.55) Image Credited to CEVBUCKLER.COM

Lebih 11,000 penonton menyaksikan permulaan Kejohanan CEV  dalam keadaan cuaca yang tidak dapat diduga. Pilihan tayar yang basah atau kering perlu dipastikan untuk membutirkan mata pemarkahan atau tidak.

Dengan situasi yang bertambah buruk dalam perlumbaan Moto2, litar yang kering bertukar menjadi sangat basah,memberi tekanan kepada semua pasukan dan pelumba. Kebanyakan pelumba telah dilengkapi dengan tayar slicks, sekiranya tersalah perhitungan ia akan menyebabkan masalah besar buat penunggang. Pusingan ke empat menyaksikan kemunculan bendera merah selepas kejadian pada selekoh menuju garisan penamat dan ia memaksa satu permulaan semula diadakan.

Sejurus selepas permulaan semula, hujan lebat di Jerez berterusan untuk menguji keupayaan para pelumba. Walaupun perlumbaan telah diisytiharkan basah sebelum dimulakan, kebanyakan pasukan memilih untuk menggunakan tayar slicks. Mereka yang memutuskan untuk menggunakan tayar slicks terpaksa bergegas masuk ke pit untuk menukar tayar.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah telah mula mempamerkan aksi garang apabila sesekali mencabar kedudukan teratas dan akhirnya terpaksa akur untuk menghuni tangga kelima dan dengan ini mendapatkan 11 mata buat kejohanan ini. Paling manis apabila Hafizh telah berjaya mencatat masa terpantas sepusingan dengan catatan 1:57:697.

Image credited to PETMOS

Dalam temubual ringkas secara “Online” bersama Malaysian Riders, Hafiz berkata “Saya bersyukur Alhamdulillah..  saya pun tidak jangka dapat melakukan catatan masa yang bagus dalam sesi ujian masa(1:56:757)… Keadaan hujan memang kegemaran saya untuk berlumba… Dan pada perlumbaan seterusnya di Navarra nanti saya akan cuba buat yang sama seperti di Jerez“.

 Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Navarra pada 22 April 2012. Kami dari Malaysian Riders mengucapkan selamat maju jaya buat Hafiz untuk perlumbaan seterusnya.

Disediakan oleh: Rizman

1 Comment

Leave a comment