KEMPEN : PENTINGNYA KELENGKAPAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Apa itu kelengkapan menunggang? Secara umumnya, pada pandangan orang biasa kelengkapan menunggang itu adalah topi keledar, lesen memandu, kad pengenalan dan cukai jalan. Akan tetapi, adakah itu mencukupi untuk kita sebagai penunggang motosikal? Jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman oleh pihak berkuasa,mungkin ya tetapi jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman pihak berkuasa DAN menjaga keselamatan serta nyawa, mungkin tidak sama sekali.

Kebanyakan rakyat di Malaysia lebih suka menggunakan motosikal sebagai kenderaan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk lantas mengurangkan penggunaan masa di atas jalan raya untuk pergi ke sesebuah tempat terutamanya ke tempat kerja. Penunggang motosikal juga harus sedar bahawa kita lebih banyak terdedah kepada bahaya berbanding pengguna kereta atau kenderaan awam. Jadi apakah inisiatif kita sebagai penunggang motosikal untuk memastikan keselamatan diri?
Disediakan Oleh: Yamada@Nizam