SIC Ninja 250 Cup

Tahun ini sukan permotoran Negara dimeriahkan lagi dengan inisiatif Sepang International Circuit (SIC) yang akan menganjurkan perlumbaan yang dinamakan SIC Ninja 250 Cup. Setelah kita dihidangkan perlumbaan bertaraf dunia MotoGP di Sepang, serta siri perlumbaan MSS, siri Ninja 250 Cup ini pasti membuka lembaran baru terutama untuk bakat pelumba-pelumba baru mencari tapak dalam merealisasikan impian masing-masing.

Kami dari Malaysian Riders yakin objektif usaha SIC ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan generasi pelumba professional dari Malaysia. Ini terbukti apabila wujud 2 kategori iaitu kategori umur 14-20 tahun dan juga kategori terbuka. Bagi kategori 14-20, banyak kemudahan akan disediakan buat mereka secara percuma. Manakala untuk kategori terbuka pula, pastinya para pelumba perlu menanggung beberapa kos seperti suit lumba dan sebagainya.

Hanya 20 pelumba disasarkan untuk perlumbaan 5 siri yang julung kali diadakan ini.

Dari nama kejuaraan ini sendiri, jelas untuk kita meramalkan ia hanya untuk penunggang Ninja250R. Model motosikal keluaran Kawasaki ini telah mendominasi pasaran Malaysia sejak 2008 apabila Kawasaki melancarkan model ini menggantikan model 250cc terdahulu dengan rupa bentuk lebih moden. Mungkin siri selepas ini akan lebih terbuka agar 2 lagi model motosikal jalanan 250cc iaitu Honda CBR250 serta Naza Blade 250 juga boleh turut serta. Kami yakin perlumbaan ini tidak akan dibuka untuk sebarang motosikal 2 lejang atas faktor-faktor perbezaan teknologi yang ketara, tetapi mungkinkah model terdahulu Ninja250 4 silinder akan dibenarkan?

Namun begitu, di sebalik berita gembira untuk semua pemilik Ninja250, ada juga kejutan lain apabila kos penyertaan sangat tinggi dan kurang sesuai untuk disertai orang perseorangan. Syarat yang ketat dan mahal iaitu deposit sebanyak RM3000 dikenakan untuk satu siri perlumbaan. Seterusnya wajib penyertaan untuk kelima-lima siri diletak sebagai syarat untuk mendapat kembali wang deposit, bererti pelumba memerlukan modal RM15,000 untuk deposit SAHAJA agar deposit itu tidak hangus. Ini belum termasuk kos riding suit dan lain-lain yang dikenakan kepada pelumba Kategori terbuka.

Untuk pendaftaran dan detail, boleh layari laman penganjur di http://bikeart.com.my/index.php/sic-250-cup/ . Kami di Malaysian Rider akan membawa perkembangan terkini tentang siri perlumbaan ini, atau mungkin kami akan menubuhkan pasukan sendiri, siapa tahu…

Disediakan Oleh: Tompoq Tom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s