
Apabila tempoh hari Zulfahmi menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 teratas, ada suara-suara sumbang oleh rakyat Malaysia sendiri yang menyindir bahawa “inilah mentaliti orang Malaysia.. baru top 10 pun dah bangga”. Sedih apabila kami dari Malaysian Riders mendapat reaksi sebegitu, lebih-lebih lagi datangnya dari orang Malaysia sendiri.
Kami tidak pasti apa yang difikirkan oleh sesetengah pihak yang hanya pandai memberi kritikan namun sumbangan dari dirinya sendiripun tidaklah sehebat mana. Apapun, kami dari Malaysian Riders ingin mengajak dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya peminat sukan permotoran tanah air bagi memberikan sokongan padu dan kritikan yang membina bagi pembanggunan sukan permotoran tempatan.
Membanggakan, sangat membanggakan apabila pelumba tunggal negara dalam kejohanan dunia Moto 3, Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan di litar Estoril di posisi yang ke-4. Satu persembahan yang sangat terpuji oleh pelumba muda ini yang disifatkan sebagai ikon kepada bakat-bakat muda yang baru di Malaysia ini. Dengan jentera KTM Factory yang dilihat sangat berpotensi sejak dari sesi pra-musim sebelum ini, kepantasan Zulfahmi kian meningkat dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan.
Meletakkan diri pada posisi ke-5 dalam petak permulaan dengan catatan masa 1:48:083, Zulfahmi membuat asakan untuk menempatkan dirinya ke tempat ke-4 sebelum berjaya berada dalam posisi podium. Namun, sedikit kesilapan pada pusingan terakhir menyababkannya terlepas peluang untuk menaiki podium buat pertama kali dalam sejarah sukan permotoran Malaysia.

Dengan keputusan ini, Zulfahmi disifatkan mempunyai peluang cerah untuk menaiki podium dalam perlumbaan-perlumbaan akan datang. Kami dari Malaysian Riders akan sentiasa memberi sokongan kepada anak muda kelahiran Banting ini. Apapun yang terjadi, kami ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada dia. Teruskan bersama kami untuk berita-berita sukan dan informasi terkini di Malaysian Riders.
Untuk berita lebih lanjut dengan MOTO3.. lawati laman MOTOGP.COM
superp riide by zulfahmi !!!! will support you!!!
terbaekkkkk……