Melambung ditiup angin, dua mengalami kecederaan serius apabila motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan apabila dipukul angin berkadar sederhana. Angin yang dikatakan berkelajuan diantara 15 hingga 25 batu per jam. Kejadiaan ini walaupun tidak berlaku di Malaysia namun ia penting untuk diambil kira dalam keutamaan keselamatan semasa menunggang dan teknik yang betul bagi menghadapi situasi-situasi begini.
Penunggang dan pembonceng yang terbabit dikatakan berada dalam lingkungan 50-an dikatakan mengalami kecederaan yang agak serius. Penunggang wanita dikatakan mengalami hentakan kepala yang agak kuat semasa terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya. Kejadian ini berlaku di Swindon, Wiltshire.

Namun, berdasarkan laporan kemalangan itu keadaan angin yang menyebabkan kemalangan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa di kawasan itu. Dari sini apa yang kami dari Malaysian Riders boleh andaikan adalah kelekaan dan kurang kefahaman tentang teknik pengendalian jentera yang sesuai dalam keadaan seperti angin lintang dan sebagainya.
Dengan ini, kami dari Malaysian Riders ingin mengingatkan kepada semua penunggang-penunggang di luar sana tidak kira di mana untuk lebih berhati-hati semasa menunggang. Sentiasa bersedia untuk pelbagai perkara dan elakkan menunggang secara keras dan kaku. Ini dapat membantu dalam memberi reaksi yang lebih baik. Boleh rujuk kepada sebuah DVD oleh Keith Code “twist of the wrist II” yang terdapat tunjuk ajar tentang teknik pengendalian jentera motosikal dengan lebih baik.