Zulfahmi Nyaris Ketinggalan

Semalam menyaksikan sesi ujian masa bagi pusingan ke-4 Kejohanan MotoGP yang berlangsung di litar Le Mans, Perancis.

image credited to Zulfahmi Official

Wira negara Zulfahmi Khairuddin mencatatkan masa 1.58.133 yang meletakkan dirinya di tempat ke-10 selepas hampir 28 minit berusaha bagi mencatatkan masa yang terbaik. Dia dilihat mempunyai sedikit kesukaran dengan cuaca yang lembab dan sejuk di litar, ini memaksa dia untuk bertarung sehingga pusingan yang terakhir sebelum litar ditutup bagi kategori Moto3.

image credited to Zulfahmi Official

Dalam masa yang sama, ramai penunggang yang kecundang akibat dari keadaan litar yang sedikit basah dan sejuk. Ini menyebabkan cengkaman dari tayar agak sukar diperolehi. Petak pertama memperlihatkan pelumba dari pasukan Blusens Avintia iaitu Maverrick Vinales dengan catatan masa 1.55.865 dan diikuti oleh Efren Vazquez dan Miguel Oliviera menduduki tempat ke-2 dan ke-3 bagi permulaan perlumbaan pada hari ini.

image credited to Zulfahmi Official

Zulfahmi dikatakan sedikit kecewa dengan persembahannya pada sesi ujian masa semalam setelah menunjukkan persembahan yang baik sepanjang sesi ujian masa bebas  ke-3 sebelum ini. Namun apa pun, kami dari Malaysian Riders ingin mengucapkan selamat berjuang pada dirinya dalam perlumbaan hari ini. Kami akan cuba bawakan liputan yang terbaik untuk perlumbaannya pada hari ini.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s