Penunggang Aprilia Meninggal Dunia

Ini merupakan satu berita yang menyedihkan kepada semua peminat-peminat sukan permotoran di seluruh dunia. Penunggang bagi jentera Aprilia dalam kejohanan NW200 telah meninggal dunia apabila motosikal dipandunya hilang kawalan dan menyebabkan dia terjatuh dari jenteranya pada pusingan pertama perlumbaan.

Penunggang Mark Buckley yang berasal dari Loch Lomond, Scotland itu disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialaminya. Kami dari pihak Malaysian Riders walaupun tidak mengenali beliau secara peribadi turut merasakan kehilangannya dari arena perlumbaan yang sememangnya merbahaya.

Dia yang dijadualkan akan beraksi dalam kejohanan Isle of Man TT tidak akan menjadi kenyataan dan ini merupakan satu kehilangan kepada kedua-dua kejohanan yang disertainya. Apapun, kami disini sentiasa ingin mengingatkan kepada pembaca kami untuk sentiasa mengambil langkah keselamatan apabila menunggang, tidak kira dimana pun kerana sedangkan penunggang profesional pun boleh kehilangan nyawa apatah lagi kita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s