Jelajah Borneo BCM Tiba di Semporna

image credited to Bikers Cover Magazine
Kumpulan jelajah Borneo BCM diberitakan sudah selamat tiba di Semporna sabah pada jam 7.30 petang semalam. Namun, tidak semuanya indah bagi penunggang-penunggang yang terlibat apabila dua daripada mereka telah terlibat dalam kemalangan kecil diantara mereka pada hari sebelumnya.
Editor dan wakil Modenas iaitu Tokwan dan Pak Teh telah mengalami kemalangan apabila motosikal yang ditunggang oleh Tokwan hilang kawalan akibat jalan yang licin akibat hujan dan ia menyebabkan Pak Teh pula terjatuh selepas mengelak dari melanggar Tokwan. Namun, tidak ada sebarang kecederaan serius dilaporkan dan hanya kerosakan kecil yang berlaku pada jentera Modenas mereka.
Pelan perjalanan Jelajah Borneo bersama BCM
Mereka kini akan berehat selama 2 hari di Semporna sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi terakhir di Tawau bagi melengkapkan separuh dari jelajah mereka di sana. Apapun, kami dari Malaysian Riders akan memberikan sokongan dan doa kami kepada krew BCM yang telah sekurang-kurangnya membuktikan bahawa jentera ciptaan tenaga tempatan mampu untuk mengharungi cabaran yang boleh dikatakan sebagai cabaran yang agak berat untuk motosikal dalam kelasnya.
Teruskan bersama kami untuk berita selanjutnya dan informasi-informasi terkini dari Jelajah Borneo bersama BCM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s