Motosikal Bantu Kurang Kesesakan

Kami tertarik dengan sebuah penulisan oleh sebuah laman yang sama seperti kami dari luar (Visordown) dimana mereka menyentuh sebuah kajian yang membuktikan bahawa penggunaan motosikal terbukti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ia sememangnya sebuah kenyataan yang kami sokong sepenuhnya tanpa perlu dipersoal lagi.

Kajian yang dilakukan oleh pakar pengangkutan dari Belgium yang memfokuskan kajiannya keatas sebuah jalan sepanjang jarak 10 batu yang bermula dari Leuven hingga ke pusat bandar di Brussels. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan sensor yang direka khas untuk mengumpul data-data trafik itu yang kemudiannya dimuatkan kedalam sebuah model sistem trafik.

Apapun, kajiannya sememangnya membuktikan bahawa penggunaan motosikal dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masa yang dihabiskan diatas jalan raya. Kami dari Malaysian Riders sendiri selalu membincangkan perkara ini diantara kami, bahawa kita sering melihat ramai pemandu kenderaan yang sering memandu berseorangan dan ini sememangnya tidak efisyen. Ruang yang diambil hanya untuk seorang individu itu sememangnya tidak membantu dari segi melancarkan kondisi trafik seterusnya menyumbang kepada pencemaran udara.

Pasti akan ada yang tidak bersetuju dengan apa yang kami suarakan ini, namun kebenaran situasi ini tidak dapat disangkalkan lagi. Rakyat Malaysia perlu membuka mata dan sedar dengan apa yang berlaku kini agar dapat sama-sama membantu dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini. Selain dari itu, mungkin ramai yang boleh mula menggunakan sistem pengangkutan awam dan mencari alternatif dalam transportasi harian mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s