Proton KRV5 Untuk Dijual

Ingat lagikah anda dengan jentera lumba yang digunakan oleh pasukan Proton KR didalam kejohanan MotoGP satu ketika dahulu? Proton KRV5, jentera yang dipertandingkan bermula dari musim 2002 oleh pasukan Proton KR(Kenny Roberts) yang menggunakan enjin V5. Pada mulanya, pasukan ini disokong oleh syarikat Pembuat Kereta dari Malaysia iaitu Proton. Namun sehingga pertengahan 2004, ia semakin jelas bahawa mereka tidak lagi mampu untuk menyokong pasukan itu.

Musim seterusnya, pasukan KR itu telah berubah arah untuk memilih KTM sebagai pembekal enjin. Namun ia juga tidak memberi kejayaan dan nasib yang sama berulang. Namun kita bukan nak bercakap tentang pasukan ini, tetapi kita nak berbicara tentang jentera KRV5 ini  yang mana ia kini boleh dimiliki dengan sedikit pelaburan dari sesiapa yang berminat.

image credited to MotoGP.com

Sedikit? dari risikan kami, ia mungkin boleh diperolehi sekitar harga RM942,899 (tidak termasuk TAX). Mungkin agak melampau sekira dilihat dari perspektif nombor dan pendapatan rakyat Malaysia pada peringkat normal. Namun, ini bukanlah sebuah jentera untuk orang biasa miliki. Ia merupakan jentera yang istimewa dan boleh dikatakan sebagai jentera yang bersejarah dan unik. Walaupun sejarah permotorannya yang tidak cemerlang, namun ia tetap menjadi sebuah jentera yang suatu ketika dahulu diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai bukti yang kita juga boleh bersaing diperingkat dunia.

Jadi apa yang pembeli akan dapat dengan bayaran hampir RM1 juta itu? Pembeli akan memiliki sebuah jentera MotoGP berusia 7 tahun kerana ia dikatakan binaan pada tahun 2004 dan ia dikatakan dipersiap untuk perlumbaan di Valencia pada tahun 2004. Namun dipusingan tersebut, jentera ini tidak pernah dimulakan dan mereka tidak berlumba pada pusingan tersebut. Jadi apa kata anda? berbaloi atau tidak untuk berbelanja sebanyak itu untuk sebuah jentera bersejarah ini? Tepuk dada tanya selera.

Teruskan bersama kami untuk lebih banyak cerita-cerita dan berita-berita tentang dunia permotoran motosikal dan sukan permotoran. Lebih banyak gambar dibawah..

Advertisement

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s