Isu Kemalangan Perlumbaan Drag

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan yang berlaku sewaktu perlumbaan drag yang diadakan sempena Hari Belia yang dijalankan di Putrajaya. Tiada apa yang luar biasa bagi sesebuah perlumbaan dengan kejadian kemalangan kerana ia adalah lumrah sukan berisiko tinggi seperti itu. Tetapi, apa yang berlaku di Putrajaya yang melibatkan penonton itu adalah sesuatu yang jarang berlaku dan ini semestinya memberi impak yang besar terhadap program itu.

Berikutan peristiwa tersebut, ramai pihak yang mula menunjukkan sifat dan sikap yang tak dibanggakan kami dari Malaysian Riders. Sikap apa? Sikap terlalu cepat menuding jari antara satu sama lain. Apa yang berlaku? tidak perlu kami lebih memanaskan cerita ini kerana kami bukannya laman hiburan sensasi yang semata-mata ingin mendapat perhatian kerana cerita panas, kami lebih berminat untuk meredakan dan mengkaji setiap aspek peristiwa yang berlaku.

Malangnya, pihak Malaysian Riders tidak berada di tempat kejadian dan sumber yang kami terima cuma datang dari sms, video-video dan dari forum yang membincangkan kejadian ini. Lihat video dibawah sebagai rujukan apa yang berlaku.

Jadi apa yang berlaku sememangnya boleh diduga dengan keadaan penonton yang sangat hampir dengan kedudukan perlumbaan yang berlangsung. Ramai pihak yang menyalahkan penganjur dan timbul isu yang mana pihak penganjur menyalahkan semula penonton. Dimana silapnya? Kami cuba mendapatkan penjelasan dari En.Ezzat yang menjadi wakil penganjur yang dikatakan bertanggungjawab terhadap penganjuran perlumbaan drag tersebut.

Namun, beliau menyatakan terpulang kepada pihak kami bagaimana untuk membuat penulisan ini. Tetapi beliau sendiri mengakui bahawa kecelakaan boleh berlaku dan apabila terjadi sebegini memang buruk reputasinya. Beliau sedikit kesal apabila ramai pihak yang terlalu cepat mempersalahkan pihak penganjur dengan pelbagai tomahan. Kami dari pihak Malaysian Riders memahami bahawa reaksi beliau terhadap tuduhan dan kenyataan beberapa pihak itu tidak seperti yang diharapkan. Namun semua usahanya sebelum ini seakan-akan tidak dihargai apabila ramai yang mempersalahkan pihaknya.

Malaysian Riders tidak menyebelahi mana-mana pihak dan dari sudut pandangan neutral. Kami berpendapat, kelemahan datangnya dari kedua-dua pihak yang terlibat. Jadi, daripada terus membuang masa dengan pelbagai tuduhan dan tuding-menuding antara satu sama lain. Adalah lebih baik sekiranya, pihak penganjur mempertingkatkan dan memperbaiki isu keselamatan penonton. Bagi pihak penonton pula, perlu sentiasa sedar dan ingat bahawa apa-apa boleh berlaku dalam perlumbaan dan mereka perlu ada kesedaran diri sendiri untuk memastikan mereka jauh dari bahaya yang boleh berlaku. Apapun, kami ingin mengajak kepada semua pihak untuk terus menyokong industri sukan permotoran dan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk membangun dengan lebih baik pada masa akan datang.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s