Bakal Menggegar Catalunya

Apa yang bakal menggegar litar Catalunya? Siapa lagi kalau bukan penunggang kebanggaan negara Zulfahmi Khairuddin bersama pasukan AirAsia-SIC-Ajo dalam siri kejohanan Moto3. Semalam telahpun berlangsung sesi ujian bebas bagi persedian kepada pelumba-pelumba bagi mendapatkan kondisi jentera yang terbaik bagi mengharungi minggu perlumbaan.

Zulfahmi yang pada mulanya berjaya mencatatkan masa ke-4 terpantas dengan catatan masa 1’53.869 pada sesi ujian bebas pertama. Namun, peningkatan yang tidak begitu ketara bagi sesi ujian bebas kedua melihat Zulfahmi menduduki tempat ke-8 dengan catatan masa 1’53.837. Dia dilihat menghadapi sedikit kesukaran untuk membawa dirinya keluar dari lingkungan 1’53 saat yang dicatatnya untuk bersama-sama kelompok hadapan yang mencatatkan masa sekitar 1’52 saat.

3 Pelumba yang menerajui kelompok hadapan dengan catatan masa dalam lingkungan 1’52.624 hingga 1’52.908 adalah Louis Rossi, Maverick Vinales dan penunggang jentera KTM Sandro Cortese. Zaulfahmi perlu bekerja keras bersama pasukannya hari ini untuk membuat pertukaran terakhir bagi memperbaiki kedudukannya menjelang perlumbaan esok. Kami dari Malaysian Riders berharap beliau dapat sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 5 teratas bagi mencabar pelumba-pelumba yang kini mendominasi siri Moto3 ini.

Jangan lupa saksikan aksi Zulfahmi Khairuddin hari ini pada jam 7.00pm waktu tempatan bagi sama-sama memberi sokongan moral kepada pelumba tunggal negara yang beraksi dalam siri kejohanan Moto3 2012. Kami dari Malaysian Riders mengucapkan selamat maju jaya kepadanya untuk sesi ujian bebas ke-3 dan seterusnya cemerlang dalam sesi ujian masa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s