Memburu Podium Pertama

Jam 5 petang hari ini, jangan lupa masa tersebut. Pasti ramai yang akan ingin menyaksikan perlumbaan Moto3 yang berlangsung di Catalunya, Sepanyol hari ini. Zulfahmi Khairuddin, penunggang tunggal Malaysia mempamerkan aksi yang konsisten dan baik sepanjang minggu ini dengan hasilnya meletakkan dirinya pada kedudukan ke-2 dibelakang Maverick Vinales dari pasukan Blusens Avintia.

Dengan catatan masa 1’52.428, Zulfahmi nyata memberi saingan yang mantap pada pusingan ke-5 siri kejohanan Moto 3 2012 ini. Kami dari Malaysian Riders seperti yang ditulis sebleum ini menjangka bahawa Zulfahmi bakal menggegar litar Catalunya ini berbekalkan momentum dan azam yang tinggi dari pusingan ke-4 di Le Mans. Ternyata sasaran kelompok 5 terbaik dari kami tidaklah keterlaluan apabila Zulfahmi sendiri membuktikan bahawa dia boleh meletakkan dirinya lebih baik dari itu dengan sokongan padu dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu.

Zulfahmi perlu tenang bagi menghadapi cabarannya hari ini dan fokus kepada prestasinyaagar tidak terlalu banyak melakukan kesilapan. Beliau juga mungkin akan berasa sedikit gementar atas harapan yang dibawanya kepada seluruh peminat sukan permotoran khususnya motosikal yang sudah pasti ingin melihat kejayaan pertama bagi dirinya. Apapun yang berlaku, kami dari Malaysian Riders akan sentiasa memberi sokongan kepada Zulfahmi atas usahanya dalam mencapai kejayaan.

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s