Harapan Tak Menjadi Kenyataan

Hajat tidak kesampaian, itu yang berlaku dalam perlumbaan yang sengit semalam di litar Catalunya dalam siri kejohanan Moto3. Pusingan ke-5 ini menyaksikan persaingan yang agak menarik namun, harapan negara yang dipikul oleh Zulfahmi Kharuddin tidak dapat direalisasikan oleh penunggang AirAsia-SIC-Ajo itu. Perlumbaan yang dijalankan dalam cuaca yang baik dengan keadaan yang kering memberikan persaingan yang sengit dalam kalangan pelumba kelompok hadapan.

Buat seketika atau lebih tepat pada pusingan permulaan perlumbaan itu Zulfahmi telah mendahului persaingan, namun seakan-akan tidak mendapat mengekalkan rentak akibat masalah pengendalian jentera yang dihadapi sewaktu perlumbaan. Bermula pada petak ke-2 Zulfahmi yang bermula garang gagal untuk mengekalkan momentumnya selepas dipintas satu persatu oleh pelumba-pelumba lain.

Zulfahmi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tangga ke lapan selepas menamatkan perlumbaan. Sememangnya ia agak mengecewakan untuk dirinya dan juga peminat-peminat selepas menunjukkan persembahan yang mantap sepanjang minggu perlumbaan. Namun nasib tidak menyebelahi pemuda dari Banting itu, apa yang penting bagi dirinya adalah untuk tidak berputus asa dan teruskan usaha pada pusingan ke-6 Moto3 di litar Silverstone bagi kejohanan Great Britain pula.

Kami dari Malaysian Riders akan terus memberi sokongan dan liputan yang terbaik selagi dalam kemampuan bagi bersama-sama mengangkat martabat sukan permotoran tanah air.

3 Comments

  1. kalah menang bukan soalnya …
    tetapi penyertaan adalah segala-galanya …
    saya bangga anak malaysia berjaya menyertai perlumbaan seperti ini …
    saya sentiasa menyokong anda ZULFAHMI KHAIRUDDIN …

    1. Yeap, kami sememangnya berbangga dengan Zulfahmi. Terima kasih juga atas sokongan anda dan kami pasti beliau turut gembira menerima sokongan pihak En.Jabbar

      Teruskan bersama kami di Malaysian Riders

      1. beliau menghadapi masalah brake sewaktu perlumbaan….. walaubagaimanapun meneruskan rentak perlumbaan…… insyaallah di sepang nanti selautan penyokong #63 akan membawa semangat harimau mengiringi zulfahmi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s