Naked BMW S1000??

Baru-baru ini, sumber dari luar telah menyatakan bahawa kelibat BMW S1000 versi “Naked” didapati sedang menjalankan ujian didalam kawasan kemudahan ujian BMW sendiri. Namun tiada apa informasi lanjut dapat diberikan buat masa ini kerana pihak BMW sendiri belum lagi membuat apa-apa kenyataan atau pengumuman tentang jentera tersebut.

Jentera BMW ini dikatakan bakal diberi nama BMW S1000SR menerusi sumber dalaman yang boleh dipercayai. Namun, selagi ia tidak diumumkan pihak Malaysian Riders ingin menyatakan bahawa ia bukanlah sebuah berita atau informasi yang sahih. Cuma apa yang kami harapkan adalah, jentera ini akan dapat menjadi sebuah jentera “naked” yang baik seperti apa yang dilakukan oleh Aprilia dengan model Tuono mereka.

Tiada jangkaan masa yang diberikan tentang bila motosikal ini akan dilancarkan. Apa yang pasti, BMW akan mengambil masa mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk berita dan informasi terkini pada masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s