Selepas Cubprix ARRC Pula

Sememangnya pelumba-pelumba negara bakal mengahadapi cabaran yang getir dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi perlumbaan ARRC selepas baru sahaja menamatkan saingan Cubprix baru-baru ini. Pelumba yang terlibat dalam saingan ARRC akan bertandang pula ke Indonesia bagi menyambung saingan ARRC yang akan diadakan di litar Sentul.

Pelumba-pelumba negara yang dijangkan akan menghadapi saingan sengit bagi membuktikan kebolehan mereka seperti Azlan Shah Kamaruzaman dan juga Zamri Baba. Mereka perlu berusaha keras bagi memberi saingan kepada juara ARRC 2011 iaitu Katsuaki Fujiwara, selain tu tumpuan juga diberikan kepada Ryuichi Kiyonari yang turut akan memberi cabaran hebat kepada wakil negara. Wakil tempatan bagi mengibarkan Sang Saka Merah-Putih seperti M.Fadli dan pemegang tiket wildcard Doni Tata pastinya akan memberi yang terbaik bagi mendapatkan keputusan cemerlang beraksi di laman mereka sendiri.

Perlumbaan yang kami jangkakan akan berlangsung dengan penuh aksi dan drama ini sememangnya diperlukan bagi menyemarakkan lagi arena sukan permotoran tempatan. Kami akan cuba bawakan perkembangan yang terbaru dan informasi-informasi terkini bagi siri kejohanan ini dan juga berita-berita lain. Teruskan besama kami di Malaysian Riders.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s