image by Autoshift.net

 

8 Jun 2012, Pihak Kawasaki Malaysia telah mengadakan sesi pelancaran Media untuk jentera terbaru mereka untuk pasaran tempatan. Ia merupakan jentera Kawasaki D-Tracker 150. Ya, jentera ini merupakan jentera yang berkuasa 150cc sama seperti jentera KLX 150 yang popular dalam kalangan penggemar “off-road”.

Namun, terdapat beberapa ciri reka bentuk yang berlainan dengan saudaranya KLX 150 itu. Bagi D-Tracker ini, ia akan dilengkapi dengan rim tayar bersaiz 14 inci berbanding 17 inci yang dipasang pada KLX 150. Selain itu, Fork juga diberi sedikit pembaharuan dan juga “swing arm” yang baru.

Motosikal D-Tracker 150 ini dikatakan sudah boleh dibuat tempahan dan boleh didapati dari mana-mana kedai motosikal yang menjual jentera-jentera kawasaki di Malaysia. Harga yang disebut dalam sesi pelancaran media ini diaktakan beharga RM9,689 dan ini meletakkan ia sedikit mahal berbanding Kawasaki KLX150 dan sedikit murah berbanding Kawasaki Kips 150.

Leave a comment

Previous Post
Next Post

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger