
Pasti ramai yang mengharap Zulfahmi akan berjaya mendapatkan podiumnya yang pertama dalam minggu perlumbaannya kali ini yang akan berlangsung di litar Silverstone dalam pusingan keenam Hertz British Grand Prix. Fahmi dijangka oleh ramai pihak termasuk pihak profesional dari Motogp sendiri menjangkakan bahawa dia akan menjadi ancaman kepada kelompok hadapan yang bersaing bagi mencapai kejuaraan musim ini.
Sesi ujian bebas akan berlangsung hari ini tidak kurang dari 5 jam dari sekarang dan pasukan AirAsia-SIC-Ajo pastinya akan berusaha gigih dalam membantu fahmi untuk mendapatkan tetapan yang terbaik bagi motosikal KTM yang ditunggangnya. Seperti biasa, pihak Malaysian Riders akan memberikan sokongan padu kepada pasukan ini dan juga wakil tunggal Malaysia dalam kejuaraan Moto3 2012 ini. Kami akan mendoakan kejayaan buat Zulfahmi dan akan berikan liputan yang terbaik bagi peminat-peminat sukan permotoran motosikal tanah air.
Teruskan bersama kami untuk berita lanjut dan informasi-informasi terkini dari dunia permotoran tempatan dan antarabangsa.