Triumph Trophy 1200 Diumumkan

Seperti yang diwar-warkan baru-baru ini, Triumph kini telahpun memperkenalkan model barunya iaitu Triumph Trophy 1200 yang bakal memasuki pasaran antarabangsa dalam bulan September tahun ini. Ia diumumkan sewaktu sebuah program yang berunsurkan permotoran di Austria pada 22 Jun yang lepas. Tiada wakil Malaysian Riders yang dapat menghadiri majlis tersebut dan kami mendapat maklumat melalui rakan-rakan media antarabangsa kami yang berkongsi informasi ini secara terbuka.

Selepas melihat dari gambar yang diberikan dari pihak Triumph sendiri, kami sememangnya tidak dapat memberikan apa-apa komen dengan telus kerana tidak dapat melihat sendiri jentera tersebut secara “Live”. Sewaktu majlis pengumumannya juga, tiada sesi uji tunggang ringkas diberikan kepada pihak media yang membanjiri bagi memberi liputan kepada majlis pengumuman model baru Triumph tersebut.

Rakan media kami “Visordown.com” telah memberi anggaran harga jentera ini bakal berada dalam lingkungan £14,000 yang mana sekiranya ditukarkan kepada Ringgit Malaysia ia bakal berada dalam lingkungan harga RM69,643. Tetapi, harga tersebut adalah sekiranya negara kita yang tercinta ini tidak mengenakan cukai yang tinggi seperti apa yang kita sedia maklum dan sekiranya jentera ini memasuki pasaran Malaysia. Kami boleh menganggar ia akan berada dalam lingkungan harga RM120,000 hingga RM130,000.

Apapun, kepada peminat-peminat jentera yang baru diumumkan ini boleh lah melawati laman sesawang Triumph. Jadi, teruskan bersama kami untuk maklumat lanjut tentang motosikal ini dan informasi-informasi lain yang terkini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s