Hari terakhir bagi acara 2-Wheels Palooza sudahpun selesai semalam dimana ia diakhiri dengan peringkat akhir bagi pelbagai pertandingan dan disudahi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah dari Menteri Belia dan Sukan YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK dan lawatan beliau ke tapak pameran dan melihat demonstrasi-demonstrasi dari setiap kawasan.
Pihak Malaysian Riders berada di tapak acara 2-Wheels Palooza bermula dari jam 2.30pm sehingga tamat acara semalam dan kami dapati bahawa acara mula tampak meriah bermula lewat petang sehingga larut malam diamana pelbagai acara seperti pertunjukan auto spitfire dimana kumpulan kereta yang diubah suai sehingga ekzos kereta mereka boleh mengeluarkan api yang besar.
Selain itu juga, terdapat pesta raja buah dimana dianggarkan sebanyak 5 tan buah durian telah dibawa dan dijamu kepada pengunjung secara percuma. Seorang peserta bertuah semalam juga telah berjaya membawa pulang sebuah motosikal skuter jenama Demak yang dimenangi melalui cabutan bertuah yang dibuka kepada pengunjung untuk pendaftaran pada waktu petang. Hadiah telah disampaikan oleh Menteri belia dan sukan diiringi oleh tetamu kehormat yang lain.
Apapun, kami berpendapat bahawa secara keseluruhan acara 2-Wheels Palooza ini amat hambar dan mengecewakan dari segi kehadiran penonton dan promosi. Aktiviti sememangnya menarik dan wajar dijadikan sebagai contoh bagi pihak berwajib memperbanyakkan lagi aktiviti sedemikian atau mungkin juga menjadikan ia sebuah acara tetap setiap hujung minggu. Ini kerana, peluang perlu diberi kepada penggiat sukan motosikal ini untuk mempunyai ruang sebegini untuk mereka meluahkan minat mereka jauh dari kawasan orang ramai yang boleh mengundang bahaya.
sama seperti apa yang dikatakan dalam temuramah dibawah